Thursday, May 8, 2008

Hari itu...

Pernah pada satu hari tu, saya tengok tv.

Siaran berita.

Saya nampak seorang model (yg jln catwalk tu) sedang ditemuramah.

Dia (model tu) kata, "Saya rancang untuk buat rancangan realiti tv untuk modelling sebab saya tengok banyak potensinya". Mungkin dia dah veteran kot. "Tapi saya tidak mahu tiru rancangan next top model (lebih kurang cmni la bunyinya)", tambahnya lagi.

Pastu dia kata lagi, "Yalah, kita kan orang timur dan saya perlu menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini".

Daripada nama dia, saya yakin yang dia itu berketurunan Melayu dan 'beragama' Islam.

Alhamdulillah, dia seorang yang mahu menghormati Islam. Tapi, yang menjadi masalah dan persoalannya ialah, betulkah caranya?

Daripada ayat yang diperkatakannya, saya faham antara 3 keadaan...

1. Dia seorang muslimah yang 'tidak tahu' bahawa pekerjaannya itu salah daripada segi syariat.

atau

2. Dia seorang muslimah yang faham mengenai kesalahannya, tetapi saja2 hendak memperlekehkan ajaran Islam.

atau

3. Dia seorang yang bukan beragama Islam, dan dia 'cuba' untuk menyatakan penghormatan terhadap umat Islam.


Tulisan ini hanya sekadar pandangan peribadi saya.


Wallahu A'lam...


p/s: dialog tu saya reka dariapada apa yg saya faham...tak ingat dia cakap macam mana...

5 maklum balas:

hanif_m_noor said...

aku agak xde org yg nk hntr komen kt sini...x mnrk kot...bia aku yg hntr sndri...

msyrkt islam kt msia ni rmai yg x ambl kesah tntng agama...jd bila 'xtau', diorang akan ssuke hatila buat salah...na'uzubillah min zalik

Unknown said...

isu yg bgus...

lebih kurg mcm isu secularisme dlm post aku..

dia hny nmpk agama pd org yg pkain serban, surau, masjid tu je..sedangkn agama adalah kehidupan...

hanif_m_noor said...

inilah yang dikatakan jahiliah 'moden'...smpikan org yg ada asas agamapun rmi yg x dpt nk kesan...sebab jahiliah tu dh menyesuaikan diri mngikut zaman & tmpt mcm bakteria dlm bio tu...

Anonymous said...

mohdzaki said:

angah tengok kau macam ada kecenderungan kepada falsafah dan pemikiran. Sekadar nasihat, hati-hatilah dalam berfalsafah, dan juga, selalu kadarkan diri ada kemungkinan membuat kesilapan dan tak berat hati untuk menimbang semula pendapat sendiri.

hanif_m_noor said...

terima kasih atas nasihat tu...harap sangat angah tolong tegur kalau ade nmpak ape2 kesalahan...terima kasih sekali lagi...

Powered By Blogger
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template