Assalamualaikum,
Aku terfikir. Kawan-kawan seKisas aku ramai yang tengah buat persedian ke luar negara. Aku belajar dalam negara je. Duduk la kat uia ni.
Tapi, isunya bukan belajar ape dan di mana.
Aku terfikir balik. Anas pernah cakap yang dia nak jadi top student (sekarang tengah buat persediaan ke Kanada).
Tapi, isunya bukan dia. Aku yakin dia maksudkan apa yang dia kata. Tak kisahlah dapat atau tidak, yang penting dia buat.
Apa yang aku fikirkan sebenarnya adalah diri sendiri. Aku belajar dalam negara. Sepatutnya peluang untuk aku menjadi yang cemerlang itu lebih besar. Dalam erti kata yang lain, persaingannya mungkinlah tidak sebesar yang akan belajar di luar (negara) kerana meraka adalah pelajar yang dipilih (insya-Allah cemerlang akademik semuanya). Tapi, aku bukan kata pelajar dalam negara tak pandai, tapi mungkin tak seramai (persaingan) 'mereka'.
Tapi, aku pun pelik, leka betul aku ni. Sedang Islam dipijak, aku masih tidur lagi (astarghfirullah).
Walaubagaimanapun, sebenarnya aku menulis ni sebab (utama) aku dah lame tak update blog...
Apapun, aku doakan kejayaan (fauzun azim) kita bersama...amin
(wa)Salam kegemilangan!
p/s: harap anda semua faham. kalau tidak, ulangi kembali pembacaan anda. selamat membaca
I...???
- hanif_m_noor
- Ana Tholibun, wa uhibbuhu jiddan...(wa) arju bihi liyakunu nafi'an fi hayataini...amin... SK LKTP, AH - SMAKJ - KISAS - CFS IIU, PJ
Top10
-
CONSTITUENCIES (GOMBAK CAMPUS) AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS: Hafizul Faris bin Che Razlan (641) Muhammad Eizzaz b Redzuan (418) Muhammad F...
-
Insya-Allah kali ini saya ada perkongsian yang menarik. Kalau selama ini kita tak tahu. Jadi sekarang saya buka peluang bagi semua sahabat...
-
MAK ABAH saya berprofesyen sebagai dua orang GURU. Mungkin dulu saya tak berapa perasan tentang perkara ni (tapi memang ada perasan gakla). ...
-
Pasca PRK DUN Tenang; kita masih lagi ada satu PERKARA yang sangat-sangat PENTING!!! Mengenai KRISIS di Mesir. Bagi sesiapa yang masih lagi ...
-
I didn't know how I could get A for English in PMR. At that time, I couldn't do even simple thing like differentiate between past, p...
-
Soalan-soalan lazim (FAQ) ini diterjemah dan diolah daripada laman web www.inminds.co.uk . Ia (FAQ ini) ditulis pada tahun 2002. Harap diseb...
-
Saya kadang-kadang terdengar orang kata: "Malaslah aku nak ambil tahu pasal politik. Politik kotor" "Bosanlah politik ni, se...
-
Kali ini, saya pamer pula khat Thulus yang saya tulis. Tetapi hanya tulisan tanpa hiasan.
-
Saya tidak berapa pandai untuk menulis khat diwani. Walaupun diwani yang biasa. Tetapi, akhir-akhir ini, saya sedang mempelajarinya. Mungkin...
Kisas
-
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan6 years ago
-
HAMMER OF THOR,OBAT PEMBESAR PENIS8 years ago
-
Weihnachtsmarkt / Christmas Market8 years ago
-
Stormtrooper11 years ago
-
-
-
A Fool with a Foolish Love13 years ago
-
Saufi Share Header13 years ago
-
Coursera.org14 years ago
-
bahaya... pancaindera...14 years ago
-
Rubik's Life14 years ago
-
rindu saya15 years ago
-
Kerana ia hidup15 years ago
-
-
-
[075] something about today~16 years ago
-
107. Jaulah tarbiah16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Followers
Komentar
Thursday, July 31, 2008
Visi - Penglihatan - Mata
Tulisan oleh
hanif_m_noor
at
10:41 AM
2
maklum balas
Kategori: Pengajian, Tentang Diri
Friday, May 16, 2008
Selamat Hari Guru...
Kalau ikut statistik, majoriti daripada ahli keluarga saya pernah atau sememangnya seorang guru. Cuba lihat fakta di bawah:
1. Ibu bapa saya sememangnya bekerja sebagai guru. Ibu saya sekarang mengajar di Sek. Agama Sri Kencana. Ayah saya pula Baru beberapa tahun bekerja di Pejabat Pendidikan Agama Daerah. Dia sebelum itu menjadi guru di beberapa sekolah agama Johor.
2. Abang saya yang sulung, selepas sahaja tamat ijazah (IT) di UUM, dia bekerja sebagai guru tuisyen di Johor Bahru. Kemudian dia mengikuti KPLI (Kusus Perguruan Lepasan Ijazah). Dan sekarang dia menjadi seorang guru di Perak. Dia juga berkahwin dengan seorang guru.
3. Abang saya yang kedua, sekarang belajar di Al-Azhar, jurusan Lughah (Bahasa Arab). Sebelum dia pergi ke Mesir, dia telah menjadi guru lebih kurang setahun semasa dia mengambil STAM. Yang ini saya kagum sebab dia boleh bekerja sambil belajar STAM (belajar sendiri, tak sekolah tapi dapat Mumtaz Sofi).
4. Kakak saya yang ketiga, sekarang baru sahaja menjadi guru selepas mendapat ijazah pertamanya dalam jurusan Al-Quran dan As-Sunnah di Usim. Dia mengikuti Program J-Qaf dan sedang mengajar di sebuah sekolah rendah di Simpang Renggam.
5. Abang saya yang keempat...Entahlah, sayapun tak pasti samada dia pernah menjadi guru atau tidak. Tapi dia pernah ajar saya menulis khat. Kira boleh lah tu. Dia menuntut dalam bidang Usuluddin di UM dan minoring dalam Media.
6. Abang saya yang kelima , bakat mengajarnya terserlah sejak bersekolah rendah lagi. Seingat saya, waktu saya kecil dahulu (sek rendah), dia pernah buat kelas untuk saya dan adik saya. Cita-citanya dulupun untuk menjadi seorang guru. Sekarang dia adalah pelajar jurusan Lughah di UIAM. Sekarangpun dia ada melapangkan masa sebagai guru sambilan di sana (tak pasti kat mana). Bagus, dah pandai cari duit sendiri.
7. Sayalah yang keenam. Saya pun berminat untuk mengajar. Dulu masa kecil, saya bercita-cita untuk menjadi cikgu (influence drpd parents kot). Sekarang ni, saya nak jadi pensyarah pula, kira cikgu jugalah. Saya ada anak murid sebab saya pernah mengajar khat (berangan je). Masa kat Kisas dulu ada juga ajar-ajar sikit budak-budak kat sana (saja mencuba). Apabila sudah lepas SPM, saya ajar pula anak murid ibu saya. Sebab dia nak masuk pertandingan khat. Masa sekolah pula, kalau sekolah rendah, saya ajar subjek Matematik kat kawan-kawan. Kalau Sekolah menengah, saya ajar Bahasa Arab kat kawan-kawan. Seronok pulak ajar orang apa yang kita tahu.
8. Adik-adk saya yang dua orang tu...No komen...
Jadi, kesimpulan yang saya nak bagi di sini adalah:
Hahaha, jangan marah...
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua. Terutamanya guru-guru saya di SK LKTP Ayer Hitam, di SMA Kerajaan Johor, dan di Kisas. Jasa anda semua saya doakan agar mendapat balasan Allah dengan syurga-Nya...amin...
Tulisan oleh
hanif_m_noor
at
2:21 PM
7
maklum balas
Kategori: Pengajian, Tentang Diri, Ucapan
Monday, May 12, 2008
JPA...oh, JPA...
Saya sebenarnya sudah lama mendapat tahu bahawa saya telah gagal mendapatkan tempat untuk biasiswa tajaan JPA kerana saya memohon program kejuruteraan ke Jepun (yang keluar pada 18 April).
Pada hari keputusan diumumkan, saya cepat-cepat menyemak sama ada permohonan saya diterima atau tidak. Apabila saya lihat keputusannya, "Dengan dukacitanya dimaklumkan, saudara/i tidak berjaya untuk...". Hah, biar betul! Saya tergamam, macam tak percaya. Mungkin kerana saya terlebih yakin dan sangat berharap untuk mendapatkannya. Kecewa sangat rasanya.
Kemudian, hati saya memujuk, "Mungkin yang terbaik untuk aku itu bukan di sana, tapi di Malaysia...kuasa Allah, siapa tahu?", bisik hati saya. Namun begitu, dek kerana rasa agak terkilan, saya hanya senyap sepanjang hari, tak ada mood pada hari itu.
Ibu saya bertanya, "Anep sedih sangat ke?", "Tak adalah, biasa je", jawab saya berdalih. " Kan Anep selalu cakap dengan mak yang Anep nak yang terbaik, mungkin itulah yang terbaik", kata ibu saya seakan memujuk. Mungkin dia dapat membaca kesedihan hati saya pada masa itu. Memang betul, saya selalu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Pastinya setiap apa yang Allah beri itu, ada hikmahnya.
Kemudian, kedukacitaan saya sedikit terubat apabila menerima tawaran daripada Matrikulasi Melaka dan UIAM (asasi kejuruteraan). Alhamdulillah, sedikit berbunga jugalah hati saya ini. Mungkin Allah sudah takdirkan yang saya akan belajar di UIAM.
Walaubagaimanapun, sampai ke saat saya menulis sekarang inipun, hati saya masih terasa sedihnya.
Apabila membaca blog Anas, saya lihat senarai sahabat-sahabat yang mendapat tajaan Mara dan JPA. Dalam shoutbox, semua mengucapkan tahniah. Tahniah! saya ucapkan, tetapi rasa terkilan dalam hati ini, entahlah. Tak tahu nak cakap bagaimana. Pada hari biasiswa JPA diumumkan, sepupu saya memberitahu saya yang dia berasa sangat sedih kerana tidak berjaya. Saya faham, memang sedih, tetapi itulah hakikatnya. Perlu juga sekali sekala kita merasa kegagalan. Jika tidak, mungkin kita akan menjadi sombong di kemudian hari (na'uzubillahi min zailik).
Dahulu, saya suka memberi nasihat jika melihat kawan-kawan bersedih. Tetapi, sekarang saya yang merasakannya, jadi saya jugalah yang perlu memberi nasihat kepada diri.
Walau apapun, saya tetap bersyukur. Cita-cita saya mahu menjadi pensyarah, jadi saya perlu berusaha untuk belajar sampai PhD. Kalau saya tak ada nasib untuk sambung belajar ke luar negara semasa ijazah pertama, mungkin lain kali ada. Siapa tahu? Apapun, saya reda.
p/s: lapang jugak hati bila dah tulis dalam blog ni....semoga kita semua berjaya dunia akhirat...amin
Tulisan oleh
hanif_m_noor
at
11:55 PM
9
maklum balas
Kategori: Cetusan Rasa, Pengajian, Peringatan, Tentang Diri
Tuesday, May 6, 2008
Nak Stay Kisas?
Some of my friends had asked me, "Kau nak stay tak?"-that's means, to take STAM in Kisas.
Then, I'll answer, "Entahlah, tengok la nanti".
Actually, since my primary school, I was very interested to further my study in Islamic study. Once I had entered SMAKJ, I had planned to go to al-Azhar. I told all my friends (that asked me) that I wanted to stay at that school until form 5. Then, I'll enter Maahad Johor after SPM to take STAM. Then, I prefer to go al-Azhar instead to local university.
That's my plan. My first plan.
All of my siblings further their studies in Islamic or Arabic Courses when they entered university (except one of them). I could imagine the path if I continue my study in the same course.
I want to go al-Azhar, but I have problem with it.
From what I know, Arabic or Islamic study using memorizing skills in learning method, as the main method.
Every year, the students of al-Azhar had to memorise at least 2 juz of al-Quran.
I had a problem with it. I didn't confident that I could do it - that's also the reason why I didn't like Biology and History subjects and why I didn't choose doctor as my ambition...I like more in Physics and Maths-.
This had made me thinking for the second time. I couldn't take it. My heart didn't support me to do so.
Of course I had to find something that suitable for me.
Then, my application to Kisas is accepted. So, I went to Kisas.
Started when I decided to study in Kisas, I had changed my plan to further in Sciences or Social Studies.
After SPM, I had planned to further in engineering (maybe mechanical). So, when I got IIU, I decided to go there.
My ambition is to be a lecturer (or teacher), so I could choose any course that I want. However, I've to make sure that I could get MA and PhD in the course also.
Tulisan oleh
hanif_m_noor
at
11:03 PM
4
maklum balas
Kategori: Kisas, Pengajian, Pengalaman, Tentang Diri
Ana Akhukum fil Islam
"Jama'ah adalah suatu rahmat, dan perpecahan itu adalah satu azab." (riwayat Imam Ahmad)
"Wajib ke atas kamu (berada) dalam jama'ah, dan janganlah kamu berpecah-belah kerana sesungguhnya syaitan sangat dekat dengan orang yang bersendirian, sedangkan dengan yang berdua agakn lebih jauh. Dan sesiapa ingin menghidu wangian syurga, maka hendaklah sentiasa komitmen dengan jama'ah." (riwayat Abu Daud)
Rujukan: Fiqh al-Awlawiyyat, MP Sdn. Bhd. (Cetakan Pertama 2006)
Wal-Ashr
Kotak Sembang
Laman ini dibina pada 14 Januari 2008
Link
Ikon Mahasiswa
Famili
SMAKJ
UIA
Jaringan
Semasa
-
-
-
MP PAS Sepang Bahas Bajet 201511 years ago
-
Akhlak Rasulullah SAW sebagai Pendidik.13 years ago
-
-
-
-
