Monday, January 12, 2009

Antara kekejaman Yahudi dan pengkhianatan pemimpin Arab

Aris Hazlan Ismail
Thu | Jan 08, 09 | 1:49:19 pm MYT

Saudara Pengarang,

Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.



Saudara Pengarang,

Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.

Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.

Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, "Khaibar, khaibar ya yahud, jaizyu Muhammad saufa ya'ud," kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, "Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak 'aduwwullah!".

Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.

Orang-orang Arab kata, "Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab."

"Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa."

"Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Bana yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari' Ramsis."

"Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas."

Soviet Union 'balik kampung'

"Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab."

Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup.

Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembuk sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi.

Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab. Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka.

Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.

Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan.

Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow.

Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja.

Penulis berpandangan, andai kata sempadan Palestin dengan negara-negara Arab (Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria) dibuka, insya Allah bukan sahaja Israel yang akan kalah. Bahkan Amerika Syarikat juga akan hancur. Barak Obama akan menjadi presiden terakhir Amerika, atau mungkin tidak sempat ditabalkan menjadi presiden. - azm _

Sunday, January 11, 2009

QUNUT NAZILAH

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا اللهاللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah! Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah kesatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing-anjing Kau kepada mereka wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa! Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum! Wahai Tuhan Yang bersifat Murka! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab! Wahai Tuhan yang menggerakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab! Kalahkanlah mereka! Kalahkanlah mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkanlah kami ke atas mereka!....Amin

Powered By Blogger
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template