Friday, February 29, 2008

DIdikan

Pada suatu petang, saya berada dalam sebuah kereta bersama ibu dan kakak. Kami dalam perjalanan balik ke rumah pada ketika itu. Kakak saya baru sahaja menjadi guru j-QAF di sebuah sekolah rendah. Sedang memandu, kakak saya menceritakan sedikit pengalamannya di sekolah barunya itu.

Terdapat dalam enam pelajar tahun 1 yang ibu bapa mereka temankan di sekolah tersebut. Ada yang menunggu di kantin dan ada juga di sebelah bilik darjah anak mereka. Ada ketikanya apabila nama anak mereka dipanggil guru, ibu atau bapa mereka yang menunggu di luar akan bangun menjenguk. Bukan hanya pada hari pertama persekolahan, tapi pada setiap hari persekolahan.

Kemudian saya terfikir.

Apakah sebenarnya yang ibu bapa pelajar tersebut mahukan?

Mungkinkah dengan perbuatan tersebut anak mereka dapat apa-apa manfaat?

Tetapi, apabila saya fikirkan, saya tidak temui kebaikan yang jelas. Pada saya, perbuatan tersebut akan lebih membawa kesusahan daripada kebaikan.

Adakah mereka tidak mahu anak mereka belajar berdikari? Bukankah alam persekolahan merupakan satu tempat yang baik untuk tujuan pembangunan insan?

Ataupun, adakah mereka tidak yakin dengan guru-guru di sekolah? Bimbang jika anak mereka 'didera'.

Bukankah perbuatan tersebut boleh merencatkan atau paling kurang mengganggu pembelajaran dan pendidikan anak mereka di sekolah?

Tidaklah saya katakan bahawa perkara ini beri kesan dalam masa yang singkat.

Apapun, saya lebih berminat untuk mempersoalkan kerelevanan perbuatan ibu bapa pelajar tersebut. Sebab kadang kala kita berjumpa dengan ibu bapa yang merungut dengan sikap atau keburukan anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, ada antara mereka yang lebih berminat membiarkan atau mengharap sahaja anak mereka berubah sendiri.

Masa kecil, mereka kata "budak kecil memang macam tu, nanti dah besar berubahlah".

Masa besar, mereka kata "dah besar, pandai-pandailah dia fikir sendiri".

Bila pula masanya mereka didik anak mereka?

Namun bergitu, masih ramai pula ibu bapa yang menganggap bahawa untuk mendidik, mereka perlu marah. Beri hukuman seperti merotan jika anak mereka melakukan kesalahan.

Pada saya, satu aspek yang paling penting dalam pendidikan bukanlah hukuman tetapi penerangan (bukan hukuman tidak perlu). Perlu diberitahu kepada anak-anak mereka tentang kesalahan mereka dan apa yang perlu diperbetulkan. Bukan hanya mengambil sikap bahawa anak mereka itu akan faham sendiri apabila dihukum.

Perlu diingati bahawa cara anak-anak berfikir adalah berbeza dengan ibu bapa yang sudah matang. Ibu bapa dapat memahami bahasa 'isyarat' dengan lebih baik. Kadang kala anak-anak tidak dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh ibu bapa mereka.

Contohnya, seorang bapa memukul anaknya apabila anaknya itu tidak mahu ke sekolah. Anak tersebut dimarahi dan dipaksa untuk pergi juga ke sekolah. Tetapi, tiada penjelasan tentang sebab dia perlu berbuat begitu. Jadi, anak tersebut berfikir yang dia perlu ke sekolah kerana dipaksa oleh ayahnya. Bukan kerana dia perlukan pendidikan.

Walaubagaimanapun, tidaklah anak-anak boleh dimanjakan sangat, pada waktunya perlu juga dipaksa, dimarahi dan dihukum. Tetapi pada masa yang sesuai. Saya tidak bersetuju dengan sikap memanjakan sangat anak-anak. Sehinggakan ada antara ibu bapa yang menyaman guru yang 'mendera' anak mereka. Jika ibu bapa sendiri tidak hormat guru, bagaimana pula anak-anak mahu menghormati guru? Sehinggakan mereka lupa bahawa guru tersebut juga merupakan ibu atau bapa. Tiada siapa lagi yang menghiraukan soal keberkatan.





Sistem pendidikan 7 tahun (3 fasa) .


Semasa 1-7 tahun, ibu bapa menjadi rakan sepermainan anak-anak. Nilai murni perlu diterapkan semenjak waktu ini. Seperti sikap berkongsi, beralah, kerjasama, dll.

Semasa 8-14 tahun, ibu bapa mendidik anak-anak. Pada ketika ini, anak-anak perlu diajar, dididik, ditegur jika tersilap, dan dihukum.

Semasa 15-21 tahun, ibu bapa berkawan dengan anak-anak. Anak-anak perlu diberi ruang berfikir sendiri. Bukan ibu bapa tidak berperanan, cuma lebih bersikap sebagai tempat rujuk dan pendorong.



Cukuplah setakat ini. Harap maaf segala ketelanjuran...

Friday, February 1, 2008

~lets drink coca cola???~

Artikel ini disalin daripada:
http://114-06.blogspot.com



Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Hazardous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template