Monday, May 3, 2010

Politik Itu KOTOR!!!!

Saya kadang-kadang terdengar orang kata:


"Malaslah aku nak ambil tahu pasal politik. Politik kotor"
"Bosanlah politik ni, semua menipu je lebih"
"Alah, ahli politik, cakap je berapi, buatnya tak juga"

Kalau takpun, bila kita bercakap tentang politik, dia malas nak join sekali, dia kata "Ah, malaslah aku"

Mengikut kefahaman saya, apabila sesiapa sahaja menyebut perkataan 'POLITIK', ianya membawa kepada dua maksud:

  1. Politik dalam ertikata ilmu, politik bebas nilai, politik yang membincangkan tentang "Iqomatu al-Din wa Siasatu al-Dunya bih" (Makna: Menegakkan agama dan mempolitikkan (mentadbir) dunia dengannya (agama)) (baca sini dan sini)
  2. Politik dalam ertikata politik kepartian. Kau Umno, kau Pas, kau PKR, kau PR, kau BN.

Dalam perjuangan melaksanakan dan mempertahankan Islam, pastinya kita tak terlepas daripada menjalankan tugas sebagai khalifatullah. Paling kurang, dalam usaha menjaga hak kita daripada diperlakukan sesuka hati oleh pihak penguasa dan pemerintah, kita pastinya akan terlibat dalam politik secara langsung dan tidak langsung. Sudah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan hak diri kita sendiri.

Namun begitu, ramai antara kita, khususnya anak muda (yang akan menjadi pemimpin masa akan datang) berasa jengkel dengan perkataan 'POLITIK' ini. Perasaan jengkel ini sudah lama tertanam dalam diri mereka akibat daripada pencabulan kesucian perkataan 'POLITIK' melalui sikap ahli-ahli politik dan keterlampauan ramai manusia dalam memperjuangkan ideologi politik masing-masing (baca: politik kepartian).

Budaya fitnah memfitnah berleluasa dalam kalangan ahli politik. Budaya menabur janji-janji kosong sangat meriah dalam PRU, terutamanya apabila tiba PRK (tengok, betapa banyak janji rasuah untuk rakyat di P 94). Sampaikan orang kata, "Tak payah la nak percaya kata-kata ahli politik tu, semuanya gila kuasa, dia menangpun kita macam ni juga". Ya, penyakit gila kuasa juga sangat membimbangkan. Kalau ketuanya kata A, dia pun kata A. Kalau ketuanya kata B, dia pun mengikut tanpa bantahan, walaupun (secara logik akal) dia sedar apa yang diperjuangkan itu adalah salah (dari sisi hukum negara mahupun hukum Allah). Alasannya mudah, dia tak mahu dilucutkan jawatan atau disisihkan oleh kepimpinan parti. Silap haribulan, kena tendang la jawabnya. Ini tak masuk lagi cerita politik wang (baca: rasuah). Sampaikan politik jenis ini sudah diiktiraf 'halal' dengan hanya menukar namanya.

Keadaan 'politik kepartian' yang sangat memualkan ini telah mengakibatkan banyak implikasi negatif. Ahli politik dan parti yang ikhlas berjuang untuk rakyat turut terpalit sama, wujudnya golongan yang 'lari' daripada kewajipan berpolitik (bukan politik kepartian) dan anak muda hilang rasa cakna dan tanggungjawab terhadap perjuangan di tanah air sendiri.

Saban hari, melalui pelbagai medium, ulama' kita terus dicaci, difitnah, dilucutkan maruah, diperlakukan sesedap nafsu diri. Tak cukup dengan akhbar (yang kononnya arus perdana), blog-blog, forum-forum dan bermacam macam jenis social network seperti facebook dsb, ramai golongan jahilin agama dan munafiqin yang berpencak didalamnya. Mengeluarkan kata-kata kesat, mencaci dengan perumpamaan yang buruk, dan yang sangat dikesali, ada yang beralasan cintakan agama untuk mencaci ulama' kekasih Allah ini.

Isu Mohd Safuan Hilmi yang mengugut bunuh TGNA dalam facebook (sila klik sini dan sini dan sini) adalah salah satu daripada manifestasi betapa amalan berpolitik (baca: politik kepartian) sudah sangat teruk di negara kita ini. Kalau dahulu orang sangat menghormat tuan-tuan guru, ulama' dan ahli agama, kini, sampai ada yang nak ugut bunuh. Walaubagaimanapun, ini hanyalah satu daripada beribu lagi isu penghinaan terhadap ulama' di Malaysia.

Situasi ini sedang memberitahu kita semua betapa umat Islam khususnya tidak dapat lagi membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Hanya kerana orang tersebut lain parti dengan kita, jadi kita bebas untuk menggunakan apa sahaja taktik untuk menjatuhkan dia. Tidak kiralah orang tersebut ada buat silap atau tidak, yang penting adalah jatuhkan dia!!! Sampaikan orang yang terkenal dengan keikhlasan untuk memperjuangkan Islam turun dijatuhkan sekali.

Segala apa yang saya tampilkan diatas adalah situasi politik kotor akibat amalan politik kepartian yang tempang di negara kita. Namun begitu, sebagai umat Islam yang mukallaf, kita tidak dapat lari daripada memperjuangkan diri kita dan umat manusia yang lain dari sudut politik. Bukanlah saya ingin memaksa sahabat-sahabat semua untuk berpolitik (menjadi ahli politik), kerana lain orang lain bidangnya. Tetapi, kita wajib mempertahankan hak kita. Kita sebagai muslim perlu cakna dengan nasib saudara kita yang lain. Kita sebagai muslim perlu sedar dengan amanah sebagai khalifatullah yang Allah sudah amanahkan kepada kita. Kita sebagai muslim perlu sedar dan turut sama berjuang agar Islam dilaksana dapat dalam negara kita. Kita sebagai muslim perlu sedar yang kita bertanggungjawab menjadikan dunia ini sejahtera untuk semua umat manusia tidak kita agama dan bangsa.

Akhir kata, jangan hanya duduk membatu apabila orang lain (termasuk diri sendiri) ditindas dan hidup dalam suasana kezaliman berleluasa dengan beralasan POLITIK ITU KOTOR...

Wallahu A'lam

Friday, April 16, 2010

Usrah 3: 10 WASIAT as-Syahid Imam Hassan al-Banna


1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.


2. Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.


3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.


4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


6. Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.


7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.


8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.


9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


10.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Friday, April 2, 2010

Usrah 2: Nilai Mas Kahwin

Insya-Allah kali ini saya ada perkongsian yang menarik. Kalau selama ini kita tak tahu. Jadi sekarang saya buka peluang bagi semua sahabat untuk ambil tahu. Nanti boleh la memilih negeri mengikut kemampuan masing-masing ya.


NILAI MASKAHWIN SELURUH MALAYSIA


BIL

NEGERI

NILAI

ANAK DARA

JANDA

1

JOHOR

RM 22.50

RM 22.50

2

MELAKA

RM 40.00

RM 40.00

3

NEGERI SEMBILAN

a. Bukan Waris

RM 24.00

RM 12.00

b. Ahli Waris

RM 48.00

RM 24.00

4

SELANGOR

RM 300.00


5

KUALA LUMPUR

RM 80.00

RM 40.00

6

PERAK

RM 101.00

7

PULAU PINANG

RM 24.00

RM 24.00

8

KEDAH

Tidak ditetapkan

9

PERLIS

Tidak ditetapkan

10

PAHANG

RM 22.50

RM 22.50

11

TERENGGANU

Tidak ditetapkan

12

KELANTAN

Tidak ditetapkan

13

SABAH

RM 100.00

RM 80.00

14

SARAWAK

RM 120.00

RM120.00

15

W.P LABUAN

RM 80.00

RM 80.00


Catatan:

Mas Kahwin (Mahar) berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Tuesday, February 16, 2010

Usrah 1: Ilmu

Assalamualaikum,


Pembahagian Ilmu (asas) dalam Islam ada 3:

1. Aqidah: keimanan, i'tiqad, rukun iman, keyakinan, kepercayaan, samiyyat, tauhid, dll

2. Syariah: politik, sosial, ekonomi; negara, undang-undang, kemasyarakatan, keusahawanan, ibadah, muamalah, munakahat, jenayat, faraid dll

3. Tasauf: Akhlak, ihsan, etika, adab, tatasusila, nilai, sifat, hati, jiwa, pencerahan, nafsu dll

Tema usrah: ringkas, mudah & bermakna; pencetus kepada perubahan....

Sunday, January 17, 2010

Confuse Aku...Hehe...Sori2...

Tengah lepak-lepak dalam bilik, tiba-tiba Syuk dan yang lain tarik & angkat aku. Hah!!! Korang nak buat apa ni?? Ramai-ramai lak tu, dorang bawak aku ke bilik basuh. Kat situ dah siap ada tong besar warna merah, dah terisi dengan air. Aduh~ Sah-sah dorang nak masukkan aku dalam tu. Apa lagi, terduduk la aku keseorangan dalam tu, dorang keliling, habis basah baju. Then, dorang pun nyanyi lagu Hari Lahir untuk aku…waa…terharunya aku, tak tau apa nak dikata. Tak pernah terfikir korang akan buat macam ni untuk aku. Biasanya orang lain yang kena gimmick ni, aku tengok je…


Pastu, lepas kena siram-siram, dorang suruh aku buat ucapan. Sori sangat-sangat, aku tak tau nak respon macam mana. Sampaikan aku tak terkata apa. First time orang buat macam ni pada aku. Pastu, dah aku senyap je dalam tong tu (kesejukan), dorang paksa-paksa gak aku supaya cakap. Sampai terasa macam kena tamrin lak. Hehe. Tapi yang penting, aku terharu sangat-sangat. Terima kasih semua!!!


Aku ni, jangan kata nak disambut bithday, orang nak wish untuk aku pun jarang sangat-sangat. Kadang-kadang ada tahun yang tak ada seorang pun yang alert dengan birthday aku. Berlalu je la tarikh tu. Jadi, kalau ada orang wish je pun, dah cukup untuk rasa dihargai. Tapi untuk yang ni, terima kasih ya. Rasa dihargai sangat-sangat (walaupun confuse gak, tak tau nak react macam mana).


Sahabat semua,


Kalaulah diberikan segunung emas sekalipun sebagai hadiah kepadaku, lebih aku hargai secebis ingatan walaupun hanya seketika dari teman-teman…


Terima Kasih ya…


Terima kasih Abang Syuk, terima kasih Abang Bad, terima kasih Abang Majdi, terima kasih Abang Syrup, terima kasih Abang Syafiq, terima kasih Anas, terima kasih Zuno.


Kerana sudi untuk memberi ingatan yang sangat berharga ni.


Semoga Allah sentiasa mengurniakan bagi kalian kasih sayang dan rahmat-Nya yang melimpah ruah; yang sejauh mata memandang; yang bermula di timur berakhir di barat; yang seberat langit dan bumi serta isinya; yang seluas alam semesta; yang tidak akan dapat disukat atau dikira…Serta kalian dijauhkan daripada segala musibah di dunia dan akhirat…Amin.


Ingat, aku dah 20 tahun ya...


p/s: baca ni...

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template