Tuesday, September 23, 2008

Ya Ramadhan....

Assalamualaikum....

Ramadhan tahun ini semacam tak terasa di hati. Entahlah, sudah hampir ke penghujung Ramadhan dah sekarang ini. Kalau dulu, rasa berbunga juga hati ini bila tibanya bulan Ramadhan. Maklumlah bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sekarang ni, tak tahulah.

Mungkin suasana di sini (CFS IIU) yang banyak berbeza dengan waktu di sekolah dulu. Kalau dulu, setiap hari dapat dengar tazkirah. Setiap hari dapat mengingatkan diri dan mengisi ruangan kosong dalam jiwa. Sekarang? Ya Allah, rindunya aku waktu itu! Keluar sahaja dari sekolah, terasa jiwa ini semakin hari semakin kosong. Aduh.

Walaupun hanya tiga bulan masuk CFS ni, terasa sangat besar kesannya pada hati. Mungkin juga kesan cuti yang lama lepas SPM sudah cukup untuk mengosongkan jiwa ini.

Sedih rasanya bila berhadapan dengan krisis seperti ini. Salah saya juga. Terlalu cuai dalam menjaga diri. Terlampau menyisihkan kepentingan pengisian jiwa - walaupun sudah maklum akan kepentingannya - . Dah lama tak dengar ceramah. Walaupun di sini banyak juga yang menganjurkan kuliah2 agama.

Ya Allah, berikanlah kembali kepadaku rasa manisnya iman, ibadah dan sayangnya diri ini kepada Ramadhan-Mu...Allumma ballighna Ramadhan fil mustaqbal...amin...

Wednesday, August 6, 2008

Praying....

I was watching a movie.

She (acting as a new actress in the movie) had made a call to someone. The (short) conversation...

She: Assalamualaikum, Pak Sheikh...
Pak S: Waalaikumussalam...
She: I feel nervous...you know that tonight my drama will be played on TV...
Pak S: Oh, don't worry...just pray to Allah...insya-Allah everything will be OK...
She: Thanks, Pak Sheikh...-maybe feel happy because someone had inspired her-...

The conversation ended.

I'm thinking, what did the writer and the director is trying to tell us? -The significance of this scene-

Do they want to tell us that acting (with unveiling
aurah) is allowed in Islam? So, pray to Him to get His aunah (or istidraj...???)

....or, maybe they are 'jahil'...but I still cannot accept it because they are talking (telling) about Islam....So, they cannot just go over the limit! No prediction, or guessing with no knowledge!-please...Islam is not a religion that everyone can translate...

No liberalism...we had al-Quran & al-Hadis to convey our thoughts and opinions....

Thursday, July 31, 2008

Visi - Penglihatan - Mata

Assalamualaikum,

Aku terfikir. Kawan-kawan seKisas aku ramai yang tengah buat persedian ke luar negara. Aku belajar dalam negara je. Duduk la kat uia ni.

Tapi, isunya bukan belajar ape dan di mana.

Aku terfikir balik. Anas pernah cakap yang dia nak jadi top student (sekarang tengah buat persediaan ke Kanada).

Tapi, isunya bukan dia. Aku yakin dia maksudkan apa yang dia kata. Tak kisahlah dapat atau tidak, yang penting dia buat.

Apa yang aku fikirkan sebenarnya adalah diri sendiri. Aku belajar dalam negara. Sepatutnya peluang untuk aku menjadi yang cemerlang itu lebih besar. Dalam erti kata yang lain, persaingannya mungkinlah tidak sebesar yang akan belajar di luar (negara) kerana meraka adalah pelajar yang dipilih (insya-Allah cemerlang akademik semuanya). Tapi, aku bukan kata pelajar dalam negara tak pandai, tapi mungkin tak seramai (persaingan) 'mereka'.

Tapi, aku pun pelik, leka betul aku ni. Sedang Islam dipijak, aku masih tidur lagi (astarghfirullah).

Walaubagaimanapun, sebenarnya aku menulis ni sebab (utama) aku dah lame tak update blog...

Apapun, aku doakan kejayaan (fauzun azim) kita bersama...amin


(wa)Salam kegemilangan!


p/s: harap anda semua faham. kalau tidak, ulangi kembali pembacaan anda. selamat membaca

Sunday, June 8, 2008

Tagged Lagi...usrah?

Tagged?!...Aiman lagi....dua2 sekali pulak tuh...hmm,,,tp xpe la...at least, ade lagi orang yg masih ingat kat aku....

Tag ini dinamakan: Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)....sape entah yg bagi nama ni...

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Sejak form 1...kt smakj dulu...

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Sebab semua orang diwajibkan masuk usrah masa kat sekolah dulu...jadi aku nak tak nak, join je la...

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Sebab macam kat atas la...yela, aku bukannye pandai pon nk buat usrah sendiri masa tu...

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

1. Seronok...mase form 1 dulu, aku masih ingat masa naqib aku ajar baca quran...thanks la ye...dah la ajar time luar waktu rasmi usrah, rajin betul dia kan?

2. Rasa dihargai ala2 mcm ada ikatan (ukhwah) r gitu....naqib usrah aku tu, ambil berat kat anak-anak buah dia...selalu tanya pasal akademik ngan disiplin kitorang....yg aku xleh lupe, bile tibe ramadhan, kitorang keluar duit, pastu beli makanan kat bazar...then, berbuka sama2 kat dewan makan...

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

1. Dapat belajar mengaji...macam yang aku kata kat atas tuh...

2. Menghargai ukhwah...bila aku dah jadi naqib, rasa seronok sangat...

3. Ilmu...

4. Pengalaman...masa usrahlah kali pertama aku bagi tazkirah...tajuknya 'salam', sebab naqib usrah suruh.

5. Kawan a.k.a. sahabat seperjuangan...




Peraturan Tag:

1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

The next person???

1. Ima
2. Zharif

Tuesday, May 20, 2008

Tagged Punye Pasal

Aku dah lame ditag oleh aiman...tapi sebab apa entah...aku rasa berat pulak nak buat...,sori r aiman ye...saban hari aku fikir bile nak buat kerja ni....sampaikan aku tak dapat nak buat posting pasal benda lain...maklumlah, aku pon tak tahu siapa aku ni...???



lima HADIAH + SEBAB2nya....

1. Laptop...daripada dulu aku minat komputer. sampaikan masa aku kecik2 dulu, aku suka godeh komputer kat rumah. masa tu edisi lamanye r. win 98 punye. aku bukak sana. bukak sini. habis aku tekan semua yang boleh. sampai rosak...??..ha3...

2. Kereta...aku x cerewat bab ni. nak bagi mana2 jenis pon bole. tapi jgn la yg teruk2 sgt nnti buat habis duet aku repair je...

3. Kolam ikan...(ha? ape ni??)...aku nk ternak ikan...nnti bole buat bisnes jual ikan...tp aku nk pekerja sekali...

4. Kamera...aku nk yg mcm aiman punye tu...yg dlm iklan kt tv jenama OLYMPUS...shock n water proof...drpd dl, family aku xde kamera...jd aku xde gmbr kenangan mase kecik2...kalau ada pun, orang bg (tangkapkn + bg...biasanye sedara mara la)

5. HSet? xnk la...kalo nk bg bole jgk...tp aku nk Tajaan Biasiswa...aku nk blaja kat overseas....blaja khat boleh gak....ada sesiapa boleh bagi??




lima IMPRESSION that i admire

1. Low profile @ tawadhu'...mungkin sebab aku nk bongkak sangat kot...na'uzubillahi min zalik

2. Caring...barulah nampak kesan ukhwahnye...boleh beringat2 siket...

3. Memahami...susah sebenanye kalau org ssh nk fhm ni...pening kepala dibuatnye...

4. Rajin...aku ni mmg terkenal dengan malasnye...kalau ade orang yg rajin, boleh tolong aku jadi rajin...

5. Xde sifat2 buruk macam aku....wah, kagum aku kalau jumpa orang macam ni!




lima INVENTIONS yg best

1. TV...wah, aku bole tengok cerita!

2. Internet...semuanya di hujung jari...

3. Telefon...menjimatkan masa lebih daripada kereta....???

4. Kipas...pergh, semalam rumah aku blackout....dah la panas, pastu ade banyak nyamuk...seksa pulak...dah la gelap...

5. Peti sejuk...ade satu ketika tu, peti ajaib kat rumah ni rosak...aduh~, xmcm kelam kabut plak aku jadinya...(macam la aku yang masak kat rumah...ha3)




Lima MOST HATED THINGS

1. Orang memainkan aku...aku ni dah la senang percaya kat orang, memang sakit hati la kalau orang memainkan aku...macam nak menyumpah je, tapi takpe sebab tak boleh...

2. Benda2 yang pada aku tak berguna untuk aku buat...entah kenapa kakak aku suka tengok cerita ulang2, peh...aku selalu gak sindir dia...sori kak...

3. Bila orang tak percaya kat aku walaupun aku dah mati2an yakinkan dia...mungkin sebab aku senang percaya kat orang kot...

4. Bila orang bg aku panggilan yang entah apa2...aku hot betul...aku ada nama sendiri la wei!

5. Bila orang buat kerja bodoh...ada ke nak bunuh diri sebab clash...aku benci gile orang macam ni...tuhan dah bagi akal pon tak nak fikir...




Lastly, nak TAG SAPE?

1. Zharif...x-classmate aku dulu...aku respek sikap t'hadap orang lain...

2. Ajib...abang aku, tak tau la dia sempat buat ke tak...ha3

3. Conan M3111...ini pon x-classmate aku, tp kt smakj la...

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru...

Kalau ikut statistik, majoriti daripada ahli keluarga saya pernah atau sememangnya seorang guru. Cuba lihat fakta di bawah:

1. Ibu bapa saya sememangnya bekerja sebagai guru. Ibu saya sekarang mengajar di Sek. Agama Sri Kencana. Ayah saya pula Baru beberapa tahun bekerja di Pejabat Pendidikan Agama Daerah. Dia sebelum itu menjadi guru di beberapa sekolah agama Johor.

2. Abang saya yang sulung, selepas sahaja tamat ijazah (IT) di UUM, dia bekerja sebagai guru tuisyen di Johor Bahru. Kemudian dia mengikuti KPLI (Kusus Perguruan Lepasan Ijazah). Dan sekarang dia menjadi seorang guru di Perak. Dia juga berkahwin dengan seorang guru.

3. Abang saya yang kedua, sekarang belajar di Al-Azhar, jurusan Lughah (Bahasa Arab). Sebelum dia pergi ke Mesir, dia telah menjadi guru lebih kurang setahun semasa dia mengambil STAM. Yang ini saya kagum sebab dia boleh bekerja sambil belajar STAM (belajar sendiri, tak sekolah tapi dapat Mumtaz Sofi).

4. Kakak saya yang ketiga, sekarang baru sahaja menjadi guru selepas mendapat ijazah pertamanya dalam jurusan Al-Quran dan As-Sunnah di Usim. Dia mengikuti Program J-Qaf dan sedang mengajar di sebuah sekolah rendah di Simpang Renggam.

5. Abang saya yang keempat...Entahlah, sayapun tak pasti samada dia pernah menjadi guru atau tidak. Tapi dia pernah ajar saya menulis khat. Kira boleh lah tu. Dia menuntut dalam bidang Usuluddin di UM dan minoring dalam Media.

6. Abang saya yang kelima , bakat mengajarnya terserlah sejak bersekolah rendah lagi. Seingat saya, waktu saya kecil dahulu (sek rendah), dia pernah buat kelas untuk saya dan adik saya. Cita-citanya dulupun untuk menjadi seorang guru. Sekarang dia adalah pelajar jurusan Lughah di UIAM. Sekarangpun dia ada melapangkan masa sebagai guru sambilan di sana (tak pasti kat mana). Bagus, dah pandai cari duit sendiri.

7. Sayalah yang keenam. Saya pun berminat untuk mengajar. Dulu masa kecil, saya bercita-cita untuk menjadi cikgu (influence drpd parents kot). Sekarang ni, saya nak jadi pensyarah pula, kira cikgu jugalah. Saya ada anak murid sebab saya pernah mengajar khat (berangan je). Masa kat Kisas dulu ada juga ajar-ajar sikit budak-budak kat sana (saja mencuba). Apabila sudah lepas SPM, saya ajar pula anak murid ibu saya. Sebab dia nak masuk pertandingan khat. Masa sekolah pula, kalau sekolah rendah, saya ajar subjek Matematik kat kawan-kawan. Kalau Sekolah menengah, saya ajar Bahasa Arab kat kawan-kawan. Seronok pulak ajar orang apa yang kita tahu.

8. Adik-adk saya yang dua orang tu...No komen...


Jadi, kesimpulan yang saya nak bagi di sini adalah:

Hari Guru = Hari Keluarga

Hahaha, jangan marah...


Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua. Terutamanya guru-guru saya di SK LKTP Ayer Hitam, di SMA Kerajaan Johor, dan di Kisas. Jasa anda semua saya doakan agar mendapat balasan Allah dengan syurga-Nya...amin...

Kahwin Lagi...??

Hari ini, saya tengok berita, dan tertarik dengan cerita seorang lelaki yang menuntut kebenaran untuk berkahwin lagi satu (tp yg 4th la). Ketiga-tiga isterinya yang lain menyokong sepenuhnya hasrat lelaki tersebut. Wah, ini macam menarik je!

Saya tak berapa fahamlah apa masalahnya-maklumlah, sikit sahaja ulasannya-tapi daripada apa yang saya faham, hakimnya nak bincangkan lagi kes tersebut sebab tak berapa yakin kemampuan lelaki itu. Kemampuan dari segi harta kot, sebab dia (pemberita) sebut-sebut gaji lelaki itu (below RM 2000). Jadi, lelaki itu 'ditahan' sebentar sebelum dibenarkan kahwin lagi sehingga kes selesai.

Tapi, apa yang saya terfikir-fikirkan ialah 'kenapa mahkamah macam susah nak kasi? Sampaikan sokongan penuh isteri-isterinya yang lainpun macam tak kuat. Yalah, kalau dulu nak kena minta persetujuan isteri untuk berpoligami. Sekarang, isteri pula yang kena minta mahkamah benarkan suami berpoligami. Something lah...ha3

Kalau ikut secara generalnya, poligami tak salah. Kalau ikutkan, dalam syarat sah tak ada termasuk persetujuan isteri dahulu pun (kecuali bila dah termaktub dalam undang2, dah jadi lain sikit lah). Apatah lagi kalau isteri yang ada sudah sokong sepenuhnya. Apa masalahnya ni?

Kemudian, saya nak minta maaf jika apa yang saya tulis ini disalahfahami. Apapun, saya yakin apa yang mahkamah buat itu pasti ada sebab yang relevan. Lagipun, mahkamah syariah. Terlalu besar untuk saya pertikaikan. Takkanlah mereka mahu buat sesuka hati. Apa yang pasti, saya yang tak faham (tak tahu apa yang berlaku sebenarnya).

Tujuan saya tulis entri ini adalah untuk menyampaikan rasa kagum dan tahniah terhadap para isteri lelaki tersebut. Yalah, bukan ramai orang perempuan yang sanggup diduakan, apatah lagi diempatkan (Eh, ada ke istilah ni?). Saya sebenarnya tak suka dengan mindsetting negatif masyarakat terhadap poligami. Sampaikan ada yang nak haramkan. Eh, sesedap hati je! Yang banyak cakap itupun tak diyakini latar belakang belajar agamanya. Tidak kurang juga yang bercakap atas dasar hak asasi dan feminism.

Saya sebenarnya risau melihat orang Islam yang tidak habis-habis mengkondem poligami ini. Sepatutnya kita sedar bahawa setiap apa yang dibawa oleh Islam adalah rahmat. Jika kita ikut, kita pasti berjaya. Walaupun ada juga perbahasan ulama' (tp ada ke yg haramkan poligami?).

Apabila ramai orang Islam yang dah kondem Perundangan Islam, orang kafir makin 'jadi-jadi' la. Dia kata Islam itu zalimlah, pastu diorang senang-senang je mengutuk Nabi kita. Ya Allah, na'uzubika min zalik.

Apabila ada contoh isteri yang sanggup menerima dimadukan, sekurang-kurangnya dapatlah ditunjukkan kerelevanan poligami ini. Pastinya terhadap orang yang menganggapnya sebagai 'disaster' dan tidak logik dalam zaman moden sekarang ini. Jangan risau, maruah seseorang perempuan tidak akan tercalar hanya kerana suaminya berkahwin lain (itupun jika istilah maruah itu ditafsir dengan betul).

Wallahu A'lam...


p/s: saya belum kahwin lagi, jadi pendapat di atas itu sekadar mengambil kira pandangan saya sebagai pelajar yang masih belajar...sila betulkan jika terdapat kesalahan...

Monday, May 12, 2008

JPA...oh, JPA...

Saya sebenarnya sudah lama mendapat tahu bahawa saya telah gagal mendapatkan tempat untuk biasiswa tajaan JPA kerana saya memohon program kejuruteraan ke Jepun (yang keluar pada 18 April).

Pada hari keputusan diumumkan, saya cepat-cepat menyemak sama ada permohonan saya diterima atau tidak. Apabila saya lihat keputusannya, "Dengan dukacitanya dimaklumkan, saudara/i tidak berjaya untuk...". Hah, biar betul! Saya tergamam, macam tak percaya. Mungkin kerana saya terlebih yakin dan sangat berharap untuk mendapatkannya. Kecewa sangat rasanya.

Kemudian, hati saya memujuk, "Mungkin yang terbaik untuk aku itu bukan di sana, tapi di Malaysia...kuasa Allah, siapa tahu?", bisik hati saya. Namun begitu, dek kerana rasa agak terkilan, saya hanya senyap sepanjang hari, tak ada mood pada hari itu.

Ibu saya bertanya, "Anep sedih sangat ke?", "Tak adalah, biasa je", jawab saya berdalih. " Kan Anep selalu cakap dengan mak yang Anep nak yang terbaik, mungkin itulah yang terbaik", kata ibu saya seakan memujuk. Mungkin dia dapat membaca kesedihan hati saya pada masa itu. Memang betul, saya selalu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Pastinya setiap apa yang Allah beri itu, ada hikmahnya.

Kemudian, kedukacitaan saya sedikit terubat apabila menerima tawaran daripada Matrikulasi Melaka dan UIAM (asasi kejuruteraan). Alhamdulillah, sedikit berbunga jugalah hati saya ini. Mungkin Allah sudah takdirkan yang saya akan belajar di UIAM.

Walaubagaimanapun, sampai ke saat saya menulis sekarang inipun, hati saya masih terasa sedihnya.

Apabila membaca blog Anas, saya lihat senarai sahabat-sahabat yang mendapat tajaan Mara dan JPA. Dalam shoutbox, semua mengucapkan tahniah. Tahniah! saya ucapkan, tetapi rasa terkilan dalam hati ini, entahlah. Tak tahu nak cakap bagaimana. Pada hari biasiswa JPA diumumkan, sepupu saya memberitahu saya yang dia berasa sangat sedih kerana tidak berjaya. Saya faham, memang sedih, tetapi itulah hakikatnya. Perlu juga sekali sekala kita merasa kegagalan. Jika tidak, mungkin kita akan menjadi sombong di kemudian hari (na'uzubillahi min zailik).

Dahulu, saya suka memberi nasihat jika melihat kawan-kawan bersedih. Tetapi, sekarang saya yang merasakannya, jadi saya jugalah yang perlu memberi nasihat kepada diri.

Walau apapun, saya tetap bersyukur. Cita-cita saya mahu menjadi pensyarah, jadi saya perlu berusaha untuk belajar sampai PhD. Kalau saya tak ada nasib untuk sambung belajar ke luar negara semasa ijazah pertama, mungkin lain kali ada. Siapa tahu? Apapun, saya reda.

p/s: lapang jugak hati bila dah tulis dalam blog ni....semoga kita semua berjaya dunia akhirat...amin

Thursday, May 8, 2008

Hari itu...

Pernah pada satu hari tu, saya tengok tv.

Siaran berita.

Saya nampak seorang model (yg jln catwalk tu) sedang ditemuramah.

Dia (model tu) kata, "Saya rancang untuk buat rancangan realiti tv untuk modelling sebab saya tengok banyak potensinya". Mungkin dia dah veteran kot. "Tapi saya tidak mahu tiru rancangan next top model (lebih kurang cmni la bunyinya)", tambahnya lagi.

Pastu dia kata lagi, "Yalah, kita kan orang timur dan saya perlu menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini".

Daripada nama dia, saya yakin yang dia itu berketurunan Melayu dan 'beragama' Islam.

Alhamdulillah, dia seorang yang mahu menghormati Islam. Tapi, yang menjadi masalah dan persoalannya ialah, betulkah caranya?

Daripada ayat yang diperkatakannya, saya faham antara 3 keadaan...

1. Dia seorang muslimah yang 'tidak tahu' bahawa pekerjaannya itu salah daripada segi syariat.

atau

2. Dia seorang muslimah yang faham mengenai kesalahannya, tetapi saja2 hendak memperlekehkan ajaran Islam.

atau

3. Dia seorang yang bukan beragama Islam, dan dia 'cuba' untuk menyatakan penghormatan terhadap umat Islam.


Tulisan ini hanya sekadar pandangan peribadi saya.


Wallahu A'lam...


p/s: dialog tu saya reka dariapada apa yg saya faham...tak ingat dia cakap macam mana...

Tuesday, May 6, 2008

Nak Stay Kisas?

Some of my friends had asked me, "Kau nak stay tak?"-that's means, to take STAM in Kisas.

Then, I'll answer, "Entahlah, tengok la nanti".

Actually, since my primary school, I was very interested to further my study in Islamic study. Once I had entered SMAKJ, I had planned to go to al-Azhar. I told all my friends (that asked me) that I wanted to stay at that school until form 5. Then, I'll enter Maahad Johor after SPM to take STAM. Then, I prefer to go al-Azhar instead to local university.

That's my plan. My first plan.

All of my siblings further their studies in Islamic or Arabic Courses when they entered university (except one of them). I could imagine the path if I continue my study in the same course.

I want to go al-Azhar, but I have problem with it.

From what I know, Arabic or Islamic study using memorizing skills in learning method, as the main method.

Every year, the students of al-Azhar had to memorise at least 2 juz of al-Quran.

I had a problem with it. I didn't confident that I could do it - that's also the reason why I didn't like Biology and History subjects and why I didn't choose doctor as my ambition...I like more in Physics and Maths-.

This had made me thinking for the second time. I couldn't take it. My heart didn't support me to do so.

Of course I had to find something that suitable for me.

Then, my application to Kisas is accepted. So, I went to Kisas.

Started when I decided to study in Kisas, I had changed my plan to further in Sciences or Social Studies.

After SPM, I had planned to further in engineering (maybe mechanical). So, when I got IIU, I decided to go there.

My ambition is to be a lecturer (or teacher), so I could choose any course that I want. However, I've to make sure that I could get MA and PhD in the course also.

Monday, May 5, 2008

English-PMR

I didn't know how I could get A for English in PMR. At that time, I couldn't do even simple thing like differentiate between past, present, and future tense. My composition always full with red pen. I didn't understand and I didn't know what to do (and maybe I didn't find the solution).

My writing filled with errors. Errors in structures, in tenses, in spelling, in everything I had done. "Arghhh, don't like English!"...this what I thought that time (and the time before). Sometimes, my English teacher tried to do something like giving me extra classes, but I (don't know why) couldn't get it. Maybe because I hate the subject since my primary school (sorry teachers, this is my fault).

My English very 'huru hara' and 'teraburlah senang cerita'.

At that time, I studied at 'Sekolah Arab', so I had to sit for SMRA when I'm form two. I was not someone who is hardworking (like Anas), so form three was (maybe) the starting point for me to 'study'.

My Science subject was very affected because it is taught with English. I never get even C grade for this subject (like English). At that time, I was very worried because it's my favorite subject (since my primary school).

I sat for PMR. I had sat for PMR.-had done-

When my mother asking me about my PMR, I would answer, "I confident to get straight A's...except English (sorry)". For Science, I thought it was not a problem (because the question-die tanye soalan yg basic sangat, ade rase x puas hati gak).

The result was announced, I got A for English. I was very happy although I thought it was quite weird.

That’s all...thank you.

Wednesday, April 30, 2008

Sekolah Arab...

Dulu, saya pernah menuntut di sekolah Arab. Ada orang yang menyuarakan ketakjubannya sambil berkata, "Kau belajar sampai 30 subjek kan? Boleh bawak ke?". Maksudnya, SMRA(10 subjek), PMR(9 subjek) dan SDKA(12 subjek). Semasa zaman abang saya, semua peperiksaan tersebut diambil semasa tingkatan 3. Masa saya, SDKA dan PMR sahaja yang saya duduki semasa di tingkatan 3. SMRA semasa tingkatan 2.

Siapa kata tak boleh cemerlang walaupun belajar banyak subjek? Saya ambil contoh abang saya, PMR (8 A), SMRA (1o Mumtaz), dan SDKA (Agg. 8*).

Subjek SPM yang 12 itupun orang kata, "Banyak tu, boleh ke belajar?"

Sampaikan ramai budak (lepasan UPSR) yang tidak mahu meneruskan pengajian di sekolah aliran 'Arab'. Bukannya kerana tidak belajar subjek Matematik dan Sains, tetapi kerana mind setting yang menganggap bahawa belajar bahasa Arab adalah sangat sukar. Buat apa belajar subjek agama kalau boleh menyebabkan subjek sedia ada (PMR & SPM) terganggu?

Saya pernah bertanya kepada seorang murid saya," Nanti lepas UPSR, nak sambung mana? Nak masuk sekolah Arab?". Lalu dia jawab," Tidaklah, saya nak masuk SBP @ MRSM sebab bahasa Arab susah".

Pada saya, belajar bahasa Arab adalah sangat penting. Kalau muslim, mesti tahu bahasa Arab, kalau tidak banyak, paling kurang adalah asasnya.

Antara masalah yang saya lihat adalah berkaitan dengan ibadah harian kita. Satu contoh, semasa menunaikan solat, daripada awal sampai akhir, tiada sepatahpun daripada ucapan dalam ibadah tersebut difahami. Apabila tiba waktu doa, orang mengaminkan doa, kitapun ikut aminkan sekali. Entah apa yang kita aminkan pun kita tidak tahu(saya tidak kata tidak boleh). Lainlah kalau ada yang mengambil inisiatif mencari makna sendiri (itupun kalau semua orang menggunakan teks doa yang sama). Jadi, apa matlamatnya? Adakah sekadar memenuhi tuntutan urf dan adat?

Kemudian, galakan membaca al-Quran masa kini hanya menekankan 'baca' sahaja. Bukan memahami isinya (seperti dalam matlamat asal galakan). Kemudian, dikatakan bahawa dengan membaca al-Quran boleh membangunkan umat Islam gemilang. Mana datangnya kegemilangan dengan sekadar bacaan sahaja? Habis tu, dah tidak faham, nak buat macam mana? Baca sahaja sudahlah.


Kita sekarang seakan-akan memandang bahawa ilmu agama(akidah, syariah, & tasawuf) adalah second class punya ilmu. Yang penting, khatam dahulu ilmu duniawi. Dah tua nanti, baru cari ilmu agama tu.


Teringat saya akan kata-kata seorang guru saya (lebih kurang macam ini),"Jangan sesekali kamu fikir bahawa belajar ilmu agama itu membebankan, padahal itulah yang membawa keberkatan".


Maksudnya, tidak ada alasan tidak mahu belajar agama kerana boleh memberi kesan negatif (membebankan) kepada subjek-subjek lain. Jangan sesekali kata subjek agama itu mengganggu konsentrasi kita terhadap subjek lain yang lebih 'penting'.

Ada orang yang belajar, susah nak dapat. Ada orang, belajar sikit sahaja sudah dapat. Semua ini tidak lain tidak bukan, sudah tentu bergantung kepada Allah (tapi bukan Qadariah).

Ilmu akademik seperti Sains dan Matematik itu penting dan perlu dipelajari, tetapi ilmu agama (akidah, syariah, & tasawuf) pula wajib dipelajari. Jadi, ketepikan soal susah dan senang, belajar kedua-duanya sekali. Usaha dan insya-Allah kita akan dapat apa yang kita usahakan (kalau tidak, takkan adanya sekolah aliran Arab tu). Percayalah, kita memang perlukannya untuk hadapi hidup yang penuh cabaran ini.

Untuk kejayaan, yang penting adalah keberkatan. Untuk mendapatkannya, kita perlukan keikhlasan dan ditambah dengan pengaplikasian konsep tawakal (usaha, doa, & berserah...dilakukan secara serentak).

Akhir kata, macam mana kita nak membela sesuatu yang kita sendiri tidak fahami? Macam mana nak dibela Islam itu kalau kita sebagai umatnyapun tidak mahu memahaminya.

Wallahu A'lam...

* agreget terbaik ialah 7

p/s: sorila, istilah sekolah arab & agama tu agak bercelaru.

Monday, April 28, 2008

English-UPSR

As I'm going to write something about English, I'll write this posting in English. Maybe this will be funny(or whatever) since my English is *****. Even standard six students can make better than me. Miss Norlini(my beloved English teacher) always said that my English writing is like Bahasa style.

When I was a primary school student, I not too take care about my study. I went to school, carrying all books(not change books according to subject daily), after that sat at my place, hearing what the teacher teach, carried homework back, played with friends at evening, and went back to school without finishing the homework. I didn't know how to study, (or) I was very lazy. When I was standard six, realized that I had to change. I wanted to further my study in SMAKJ. So, at least I had to get 4 subjects A's in UPSR. That was a point that I changed(a little bit) myself.

My handwriting was very bad. I also find it quite hard to read my handwriting by myself(poor hanif). So, the language teachers would give me low marks. Maybe because they couldn't read my essay. I had never got my English subject over (around) 55. I always get D grade (around 40 marks) for the subject.

I target that I'll get only 2 subjects A's(Science & Math) in UPSR.

In exam(UPSR), I did as usual. Nothing more than exam. Only I had stopped discussing with my friends as what I had done in exam before.

The time for UPSR result to be announced was come. I little bit nervous(maybe). No one expected that I would get straight A's. So, I was very surprised when I get my own result. Ha? I couldn't believe it.

I still remembered when I tell my mother about my result. She said(something like this) " Mak sebenarnya tak harapkan lebih daripada hanif, mak tak kisah kalau tak dapat 5 A sekalipun".

She said like that not because she didn't like it, but she(like me) never expected the result. I never studied at home. The teachers always scolding me because I didn't finish my homework. In conclusion, very lazy.

However, Alhamdulillah...

Thursday, April 24, 2008

Kaitan Agama dan Sains

Satu hari, saya 'tertengok' sebuah cerita Barat. Bukan daripada awal. Cuma saja-saja buka saluran AXN masa cerita ni dah nak habis.

Apa yang saya nak ulas ialah sedikit babak dalam cerita tersebut.

Tengah mereka(watak ayah, abang dan adik) makan malam bersama, tiba-tiba mereka berbincang tentang kaitan sains dan agama. Si Abang berkata bahawa orang(yang seagama dengan mereka kot) akan menerima agama sebagai agama, tidak ada masalah jika bercanggah dengan sains. Maksudnya ajaran atau fahaman yang dipercayai dalam agama mereka itu bersifat suci daripada kesalahan atau lebih tepat, tidak perlu @ tidak boleh dipertikai walau bercanggah dengan apapun.

Kemudian, Si Adik pula memberi pandangan. Sains tidak memerlukan agama untuk 'betul'. Maksudnya lebih kurang macam yang di atas, cuma berbeza daripada segi subjek sahaja. Lalu dia pun keluarkan contoh seorang saintis(Galileo kot) yang dihukum kerana mengatakan bahawa Matahari tidak mengelili Bumi. Kerana dianggap bertentangan dengan ajaran agama masyarakat yang menganggap Bumi sebagai pusat alam.

Kemudian, Si Ayah berkata bahawa dia tidak berminat dengan tajuk itu, lalu segera berhenti makan. Kemudian, blah.

Diorang punya conversation tamat kat situ, just like that.

Sayapun berfikir, apa kaitan agama mereka dan kehidupan mereka sebenarnya? Macamlah agama itu satu kepercayaan yang memang karut. Memang salah, jadi jangan dipertikai, ikut dan percaya sahaja.

Haha, nak tergelak pun ada...Rasa pelik pun ada...itu je lah...malas nak tulis panjang-panjang...rasanya dah cukup untuk difahami...

Wallahu A'lam

Media beri gambaran buruk mengenai hudud

Dato' Dr Haron Din Thu Apr 24, 08 11:52:19 am MYT
SOALAN: Mengapa undang-undang hudud Islam amat ditakuti dan digeruni oleh orang Islam sendiri dan orang-orang kafir, sedangkan undang-undang tersebut belum pernah dilihat, atau belum dilaksanakan di Malaysia? - SAIFUL ISLAM, Kuala Lumpur -->-->
JAWAPAN: Perlu disedari dan diamati bahawa hakikatnya undang-undang hudud Islam adalah undang-undang Allah SWT. Dia Tuhan kita, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah yang sedemikian sifatnya, bolehkah berlaku apabila Dia menciptakan undang-undang untuk manusia, diciptakan undang-undang yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Mana mungkin demikian.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham dan salah tanggapan.
Yang pasti adalah, kerana sifat belas kasihan Allah kepada manusialah, maka diciptakan undang-undang hudud, yang amat serasi dan sesuai dengan manusia, demi kebaikan hidup manusia di dunia hingga ke akhirat.
Jangan hanya dilihat kepada hukuman itu secara prejudis atau kerana kononnya kasihan kepada penjenayah yang dihukum sedangkan mungkin kesalahannya tidak seberapa.
Islam mengajak manusia melihat kepada skop yang lebih luas iaitu misalnya, kesan kepada kesalahan mencuri atau merompak, betapa merananya mangsa yang mengumpul harta dengan titik penuhnya, tiba-tiba disamun dengan begitu mudah.
Dalam sekelip mata, segala yang diusaha dan diimpikan kesenangan dalam kehidupan hilang lenyap.
Lihat kepada penjenayah yang berleluasa sekarang berbanding dengan hukuman atau undang-undang yang ada sekarang ini, tidak pernah mengajar penjenayah menjadi insaf.
Penjenayah terus melakukan jenayah sehingga menjadikan jumlah kes jenayah terus meningkat dari semasa ke semasa, tanpa sebarang kesudahan.
Keselamatan harta benda, malah keselamatan nyawa manusia menjadi begitu mudah dinodai. Sampai bila masyarakat yang tidak berdosa akan terus menerima pada tersebut?
Penjenayah sebenarnya adalah orang yang berpenyakit sosial. Usaha mengubati penyakitnya dengan undang-undang yang ada tidak mendatangkan kesembuhan, malah penyakitnya semakin merebak.
Tidakkah terfikir orang yang waras jika ubat yang ada gagal menyembuhkan, mengapa tidak diiktiharkan ubat yang baru?
Ada atau tidak ubat lain yang boleh menyembuhkan penyakit jenayah? Jawapannya sudah tentu ada.
Ubat itu ialah undang-undang hudud Islam. Ada pun yang menyebabkan masyarakat umum takut, ngeri dan menentang huduh tersebut, bukan kerana sifat undang-undang itu.
Contohnya undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang ini ke atas perogol, perompak dan sebagainya. Penjenayah akan dikenakan hukuman sebatan, memang ia mengerikan dan amat dahsyat sehingga meninggalkan parut besar yang cukup mengerikan. Ada yang dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Bukankah ini mengerikan? Tetapi semuanya diterima umum, tanpa mengatakan ianya kejam dan ngeri.
Kenapa undang-undang hudud sukar diterima? Kerana peranan media yang anti-Islam, khususnya yang antihudud Islam dengan gambaran yang wujud sekarang ini, memberikan kesan negatif yang menakutkan ummah.
Dengannya, masyarakat terpengaruh menolak hukum-hukum Islam, dengan alasannya ianya tidak berperikemanusiaan.
Allah SWT pernah menyebut dalam al-Quran (mafhumnya): "Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan mereka sebagai balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan sebagai pencegahan (nakaalan) dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Maidah, ayat 38)
Perkataan 'nakaalan' dalam ayat tersebut membawa maksud, Allah berjanji kepada manusia, bahawa hukuman yang diciptakan-Nya merupakan suatu pencegahan daripada-Nya dengan memalingkan hati-hati manusia dari hendak meneruskan kerja jenayah kepada lain-lain perkara.
Maka dengan pencegahan itu, jenayah akan terhapus.
Inilah yang telah dibuktikan oleh Rasulllah s.a.w. yang melaksanakan hukuman itu, kepada penjenayah pada zamannya.
Sepanjang beberapa tahun, hanya segelintir sahaja penjenayah dihukum. Jenayah amat terkawal dan hampir tidak berlaku.
Cuba lihat di akhir ayat tersebut. Maksud 'Azeezun' maksudnya, Allah Maha Perkasa. Perkasa dalam konteks Allah (melalui undang-undang-Nya) mampu mencegah jenayah sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak mampu. Yang boleh memberi jaminan hanya Allah SWT sahaja.
Akhir sekali maksud 'Hakeem' atau Maha Bijaksana. Allah amat mengetahui apa yang Dia buat adalah untuk kebaikan manusia, sedangkan manusia sehebat mana pun tidak mampu untuk membuat kebaikan, lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat.
Allah Maha Bijaksana kerana Dia tahu ia adalah kebaikan untuk manusia.
Sekiranya media-media perdana seluruhnya, dapat memberikan gambaran yang adil kepada undang-undang Islam, khususnya hudud, maka tidak ada sebab manusia akan menolaknya kerana ia untuk kebaikan dan kesentosaan manusia seluruhnya.
Apatah lagi apabila kita melihat kepada natijah yang akan didapati daripada pelaksanaannya. - lanh

Sunday, April 20, 2008

Sekatan Gaza zalim

MANGSA KEKEJAMAN: Wartawan Palestin menyalakan lilin sebagai tanda memperingati rakan mereka, Fadel Shana, 23 yang dibunuh bedilan kereta kebal Israel dan dikebumikan kelmarin.



Carter sifatkan Israel lakukan jenayah terhadap penduduk Palestin

KAHERAH: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, menyelar tindakan Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza dan menyifatkannya sebagai jenayah dan kekejaman yang menyebabkan 1.6 juta penduduk Palestin di wilayah itu berisiko meninggal dunia kerana kebuluran.

"Ia satu bentuk kezaliman yang dianggap sebagai hukuman ke atas penduduk di Gaza. Ia satu jenayah. Ia menjijikkan kerana kekejaman itu berterusan," katanya dalam ucapan di Universiti Amerika di Kaherah.



Israel, yang disokong kuat Amerika Syarikat, mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak Hamas mengambil alih pentadbiran di wilayah itu dari Fatah.

Carter, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2002, berkata penduduk Palestin di Gaza 'dibiarkan kebuluran sehingga mati', dan tidak mendapat bekalan kalori mencukupi berbanding penduduk di bahagian paling miskin di Afrika.

Katanya, Israel dan Amerika cuba menjadikan kualiti hidup di Gaza semakin teruk berbanding di Tebing Barat, kawasan pentadbiran Presiden Mahmoud Abbas.

Lapan kumpulan bantuan Britain bulan lalu berkata, 1.6 juta penduduk Palestin di Gaza dilanda krisis kemanusiaan paling teruk dalam masa 40 tahun berikutan sekatan berterusan rejim Zionis itu.

Carter, arkitek perjanjian damai Mesir-Israel pada tahun 1979, berkata usaha Amerika meminggirkan Hamas nyata tidak berhasil.

"Saya rasa ia cuma mengukuhkan lagi populariti Hamas dan menjejaskan kedudukan Fatah," katanya.

Memetik kenyataan dokumen sulit, majalah Amerika, Vanity Fair, mendedahkan pentadbiran Presiden George W Bush merangka pelan untuk menggulingkan Hamas selepas kemenangan pasukan itu pada pilihan raya Parlimen pada tahun 2006 dengan bantuan orang kanan Fatah, Mohammad Dahlan, memaksa Hamas mengambil tindakan awal dengan menawan Semenanjung Gaza.

Carter, yang dalam lawatan sembilan hari untuk mempromosikan proses damai Asia Barat, berkata pemimpin Hamas yang ditemui di Kaherah Khamis lalu memberitahu kumpulan pejuang itu akan menerima perjanjian damai dengan Israel yang dianjurkan Mahmoud jika penduduk Palestin meluluskan ia dalam referendum.

Bekas pemimpin itu bertemu dengan Menteri Luar Palestin, Mahmoud al-Zahar dan bekas Menteri Dalam Negeri, Saeed Seyam di Kaherah Khamis lalu. – Agensi

Tuesday, March 25, 2008

Tips bersalam dengan lelaki untuk Dr Mashitah

Pensyarah Fri Mar 21, 08 2:51:48 pm MYT

Bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia juga dikategorikan sebagai perbuatan yang salah dan haram di sisi syariat. -->-->
Seorang penceramah Agama yang menonjol kepimpinannya di dalam Umno serta terkenal, Dato' Dr Mashitah Ibrahim telah secara sengaja atau tidak, bersalaman dengan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Mohd Zahid Hamidi yang juga merupakan exco Majlis Tertinggi Umno. (Rujuk Buletin 1.30 TV3, 19 Mac 2008).
Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam.
Namun sebagai seorang yang dikenali umum dan selalu berhadapan dengan situasi sebegini, beliau sewajarnya perlu dan boleh lebih bijak untuk menanganinya.
Saya ingin mencadangkan pada Ustazah Mashitah supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga seperti itu. Alangkah elok, kiranya ustazah sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi.
Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik.
Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen Melayu tradisi. Insya Allah dosa kecil ini dapat dielakkan.
Pernah seorang professor perempuan tersohor yang datang ke Malaysia, bertanya kepada saya, sama ada beliau boleh menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki Islam.
Jawapan saya kepadanya, ia bukan tradisi seorang muslim sejati. Saya sungguh kagum kerana Professor itu diam dan cuba tidak bersalam dengan lelaki Islam ketika berada di Malaysia.
Malah jika menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita.
Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya.


Pensyarah Universiti Tempatan

Sunday, March 23, 2008

Meniru?

Semasa saya menuntut di sekolah rendah dahulu, saya dan beberapa rakan yang lain akan meniru hampir dalam setiap ujian. Kami kebiasaannya akan berbincang sesama kami untuk mendapatkan jawapan yang betul. Namun, apabila tiba waktu UPSR, saya tidak pula meniru. Mungkin kerana bimbang akan ditangkap oleh pengawas pada waktu itu.

Pada hemat saya, kita perlu mengubah persepsi terhadap amalan ini yang menganggapnya sebagai perkara biasa, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah agama. Satu peristiwa yang membuatkan saya berhenti daripada terus meniru adalah apabila seorang guru saya berkata. "Kalau kamu meniru dalam peperiksaaan, dan kamu cemerlang, maka keputusan kamu itu adalah satu penipuan". Kemudian dia menyambung lagi."Jadi, bila kamu mendapat pekerjaan dengan keputusan yang berdasarkan penipuan itu, adakah hasil yang kamu dapat itu halal?" Saya terfikir sebentar. Sejak dari peristiwa itu, saya sudah serik untuk meniru lagi. Saya tidak 'mengatakannya' haram, tetapi pasti keberkatannya akan terjejas teruk.

Saya rasa agak terkilan apabila ada segelintir guru yang seakan-akan menggalakkan pelajarnya meniru dalam peperiksaan(tak ramai sebab saya pernah jumpa sekali sahaja). Saya tidak lihat situasi ini dalam peperiksaan dalaman, tetapi kadang kala wujud dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, malah SPM. Mungkin galakan meniru tersebut adalah secara tidak langsung seperti "Kamu janganlah lokek, kongsilah sedikit dengan rakan sebelah". Kalau tidakpun,"Jeling-jelinglah jawapan kawan sebelah kamu kalau tidak tahu jawapan". Jika tidak guru yang galakkan, kadang-kala pengawas peperiksaan sendiri yang menunjukkan jawapan. Kemudian, ada antara mereka yang memberi alasan, "Nak bantu orang Melayu", "Orang lain pun dapat, apa salahnya tolong sikit", "Ni kira rezeki, sesiapa yang tidak dapat tu tidak ada rezekilah".

Adakah mereka hanya dapat melihat yang zahir sahaja? Mungkin mereka tidak sedar atau buat-buat tidak sedar perkara yang mereka lakukan ini salah. Pastinya akan memberi kesan negatif. Adakah kejayaan itu adalah kecemerlangan dalam peperiksaan? Bukankah matlamat untuk mendidik peribadi seseorang itu lebih bernilai daripada kecemerlangan dalam peperiksaan yang hanya penipuan. Saya harap kita semua dapat berfikir sejenak tentang hal ini. Ianya bukan sahaja menyalahi hukum manusia, malahan menyalahi hukum Allah!

Sifat dalam diri manusia sangat sukar untuk diubah. Jika sejak kecil lagi mereka dididik untuk mengabaikan kejujuran, siapakah yang ingin mengubahnya? Kesannya boleh dilihat apabila mereka dewasa. Masalah penyelewengan tanggungjawab selalu kedengaran hari ini. Sudah ramai orang yang terperangkap dalam rasuah. Saya tidak katakan bahawa meniru dalam ujian merupakan punca utama, tetapi adalah asas pembinaan kepada sikap tidak jujur dan amanah. Kerana amalan ini dilakukan oleh pelajar, mungkin sejak kecil.

Cuba anda bayangkan keadaan seorang individu yang ejak di banku sekolah rendah lagi meniru dalam ujian. Kemudian gurunya sendiri seperti menggalakkan perlakuan tersebut. Ditambah lagi dengan orang sekeliling yang mengabaikan nilai kejujuran. Apabila dia membaca surat khabar, banyak ulasan mengenai msalah pecah amanah dan rasuah. Apakah yang akan tertanam dalam fikirannya? Mungkin mereka boleh bersikap jujur lagi kerana perkara tersebut adalah fitrah dan sememangnya dipesan oleh ibu bapa dan guru mereka. Walaupun begitu, rendahkah peratus akan tertanamnya sikap sambil lewa dan tidak jujur dalam diri mereka? Apapun, apa yang saya tuliskan ini hanya sekadar teori yang saya fikirkan sendiri berdasarkan pengalaman saya.

Wallahu A'lam

Thursday, March 20, 2008

Senarai Jemaah Menteri

SENARAI JEMAAH MENTERI

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak




JABATAN PERDANA MENTERI


Menteri : Tan Sri Bernard Dompok


Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz


Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi


Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)


Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)


Timbalan : Datuk Johari Baharum


Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)


Timbalan : S K Devamany


Timbalan : Datuk Hasan Malek



KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar


Timbalan : Datuk Chor Chee Heung


Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)




KEMENTERIAN KEWANGAN


Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop


Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah


Timbalan : Datuk Kong Cho Ha




KEMENTERIAN PENGANGKUTAN


Menteri : Datuk Ong Tee Keat


Timbalan : Datuk Anifah Aman



KEMENTERIAN KERJA RAYA


Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed


Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng




KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI


Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui


Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)




KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI


Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor


Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum




KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin


Timbalan : Datuk Liew Vui Keong


Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan



KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Menteri : Datuk Mustapa Mohamed


Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim



KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA


Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad


Timbalan : Jelaing anak Mersat




KEMENTERIAN PELAJARAN


Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein


Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong


Timbalan : Datuk Razali Ismail




KEMENTERIAN PENERANGAN


Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek


Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe




KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN


Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal


Timbalan : Teng Boon Soon




KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


Menteri : Datuk Dr S Subramaniam


Timbalan : Datuk Noraini Ahmad




KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili


Timbalan : Fadillah Yusof




KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


Menteri : Datuk Ong Ka Chuan


Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew


Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin




KEMENTERIAN PERTAHANAN


Menteri : Datuk Seri Najib Razak


Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop




KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib


Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup


Timbalan : Joseph Entulu Belaun




KEMENTERIAN LUAR NEGERI


Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim


Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar




KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob


Timbalan : Wee Jeck Seng




KEMENTERIAN KESIHATAN


Menteri : Datuk Liow Tiong Lai


Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad




KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI


Menteri : Datuk Noh Omar


Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah




KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DANMASYARAKAT


Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen


Timbalan : Noriah Kasnon




KEMENTERIAN PELANCONGAN


Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said


Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib




KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN


Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique


Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan




KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin


Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung


Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron




KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR


Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas


Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Thursday, March 6, 2008

Galeri Khat...(3)

Khat Nasakh...














Sunday, March 2, 2008

Galeri Khat...(2)

Kali ini, saya pamer pula khat Thulus yang saya tulis. Tetapi hanya tulisan tanpa hiasan.









Saturday, March 1, 2008

Galeri Khat...(1)

Saya tidak berapa pandai untuk menulis khat diwani. Walaupun diwani yang biasa. Tetapi, akhir-akhir ini, saya sedang mempelajarinya. Mungkin anda boleh beri sedikit komen terhadapnya.








Friday, February 29, 2008

DIdikan

Pada suatu petang, saya berada dalam sebuah kereta bersama ibu dan kakak. Kami dalam perjalanan balik ke rumah pada ketika itu. Kakak saya baru sahaja menjadi guru j-QAF di sebuah sekolah rendah. Sedang memandu, kakak saya menceritakan sedikit pengalamannya di sekolah barunya itu.

Terdapat dalam enam pelajar tahun 1 yang ibu bapa mereka temankan di sekolah tersebut. Ada yang menunggu di kantin dan ada juga di sebelah bilik darjah anak mereka. Ada ketikanya apabila nama anak mereka dipanggil guru, ibu atau bapa mereka yang menunggu di luar akan bangun menjenguk. Bukan hanya pada hari pertama persekolahan, tapi pada setiap hari persekolahan.

Kemudian saya terfikir.

Apakah sebenarnya yang ibu bapa pelajar tersebut mahukan?

Mungkinkah dengan perbuatan tersebut anak mereka dapat apa-apa manfaat?

Tetapi, apabila saya fikirkan, saya tidak temui kebaikan yang jelas. Pada saya, perbuatan tersebut akan lebih membawa kesusahan daripada kebaikan.

Adakah mereka tidak mahu anak mereka belajar berdikari? Bukankah alam persekolahan merupakan satu tempat yang baik untuk tujuan pembangunan insan?

Ataupun, adakah mereka tidak yakin dengan guru-guru di sekolah? Bimbang jika anak mereka 'didera'.

Bukankah perbuatan tersebut boleh merencatkan atau paling kurang mengganggu pembelajaran dan pendidikan anak mereka di sekolah?

Tidaklah saya katakan bahawa perkara ini beri kesan dalam masa yang singkat.

Apapun, saya lebih berminat untuk mempersoalkan kerelevanan perbuatan ibu bapa pelajar tersebut. Sebab kadang kala kita berjumpa dengan ibu bapa yang merungut dengan sikap atau keburukan anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, ada antara mereka yang lebih berminat membiarkan atau mengharap sahaja anak mereka berubah sendiri.

Masa kecil, mereka kata "budak kecil memang macam tu, nanti dah besar berubahlah".

Masa besar, mereka kata "dah besar, pandai-pandailah dia fikir sendiri".

Bila pula masanya mereka didik anak mereka?

Namun bergitu, masih ramai pula ibu bapa yang menganggap bahawa untuk mendidik, mereka perlu marah. Beri hukuman seperti merotan jika anak mereka melakukan kesalahan.

Pada saya, satu aspek yang paling penting dalam pendidikan bukanlah hukuman tetapi penerangan (bukan hukuman tidak perlu). Perlu diberitahu kepada anak-anak mereka tentang kesalahan mereka dan apa yang perlu diperbetulkan. Bukan hanya mengambil sikap bahawa anak mereka itu akan faham sendiri apabila dihukum.

Perlu diingati bahawa cara anak-anak berfikir adalah berbeza dengan ibu bapa yang sudah matang. Ibu bapa dapat memahami bahasa 'isyarat' dengan lebih baik. Kadang kala anak-anak tidak dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan oleh ibu bapa mereka.

Contohnya, seorang bapa memukul anaknya apabila anaknya itu tidak mahu ke sekolah. Anak tersebut dimarahi dan dipaksa untuk pergi juga ke sekolah. Tetapi, tiada penjelasan tentang sebab dia perlu berbuat begitu. Jadi, anak tersebut berfikir yang dia perlu ke sekolah kerana dipaksa oleh ayahnya. Bukan kerana dia perlukan pendidikan.

Walaubagaimanapun, tidaklah anak-anak boleh dimanjakan sangat, pada waktunya perlu juga dipaksa, dimarahi dan dihukum. Tetapi pada masa yang sesuai. Saya tidak bersetuju dengan sikap memanjakan sangat anak-anak. Sehinggakan ada antara ibu bapa yang menyaman guru yang 'mendera' anak mereka. Jika ibu bapa sendiri tidak hormat guru, bagaimana pula anak-anak mahu menghormati guru? Sehinggakan mereka lupa bahawa guru tersebut juga merupakan ibu atau bapa. Tiada siapa lagi yang menghiraukan soal keberkatan.





Sistem pendidikan 7 tahun (3 fasa) .


Semasa 1-7 tahun, ibu bapa menjadi rakan sepermainan anak-anak. Nilai murni perlu diterapkan semenjak waktu ini. Seperti sikap berkongsi, beralah, kerjasama, dll.

Semasa 8-14 tahun, ibu bapa mendidik anak-anak. Pada ketika ini, anak-anak perlu diajar, dididik, ditegur jika tersilap, dan dihukum.

Semasa 15-21 tahun, ibu bapa berkawan dengan anak-anak. Anak-anak perlu diberi ruang berfikir sendiri. Bukan ibu bapa tidak berperanan, cuma lebih bersikap sebagai tempat rujuk dan pendorong.



Cukuplah setakat ini. Harap maaf segala ketelanjuran...

Friday, February 1, 2008

~lets drink coca cola???~

Artikel ini disalin daripada:
http://114-06.blogspot.com



Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Hazardous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca

Thursday, January 31, 2008

Seni Khat

Saya sangat meminati seni khat atau kalligrafi arab. Antara lapan orang adik-beradik saya, saya punyai dua abang yang pandai menulis khat. Jadi, sebelum saya tahu apa itu khat, sudah tertanam sedikit perasaan untuk mempelajarinya. Alhamdulillah saya dapat menyambung pelajaran di sebuah sekolah agama kerajaan negeri(SMAKJ) di Johor. Seni khat adalah salah satu daripada madah SMRA, namun apabila saya memasuki sekolah tersebut, Jabatan Agama Johor sudah hazafkannya daripada madah perperiksaan. Mungkin ada sebab yang menjadikannya suatu yang perlu. Saya tidak mahu mengulasnya di sini.

Walaubagaimanapun, saya gembira kerana madah Seni Khat masih ada dalam jadual pembelajaran(walaupun hanya 1 atau 2 masa setiap minggu). Oleh kerana waktu pembelajaran yang sangat singkat, saya lebih merujuk buku kaedah seni khat untuk mempelajarinya. Teringat saya pada sebab yang menjadikan saya sangat berminat untuk mendalami seni khat pada ketika itu. Saya dapat membuat ekor huruf waw nasakh tanpa melukisnya. Hahaha, lucu betul apabila saya ketika itu merasakan yang sayalah yang paling pandai menulis khat dalam banyak-banyak rakan yang lain. Maklumlah, semua tidak pernah belajar khat dan seingat saya tiada satupun antara mereka yang boleh saya jadikan guru. Hal ini berbeza dengan 'batch-batch' lain yang sudah ada yang pandai.

Walaupun kelakar, namun keadaan itulah yang menaikkan semangat saya untuk mendalami ilmu seni khat. Tambahan pula, apabila saya mewarisi buku khat karya Mustafa Saad daripada abang saya. Saya rasa malu untuk mempelajarinya ketika berada di dalam kelas kerana saiznya yang agak besar(originallah katakan). Sayapun tidak tahu mengapa, tetapi saya memang sangat bersemangat untuk mempelajari seni khat pada ketika itu(hingga kini) walaupun rakan-rakan yang lain sudah tidak hiraukannya lagi. Kecuali dua-tiga orang rakan saya.

Namun, apabila tiada guru yang rasmi untuk mengajar, kejap-kejap rasa bosan itu muncul. Maklumlah, rakan-rakan yang lain nampak tidak berminat untuk belajar dan saya rasa hanya saya seorang sahaja yang mempelajatinya dalam kelas(atau prep). Saya sangat pemalu, jadi saya tidak meminta abang-abang senior untuk mengajar, lagipun saya tidak beberapa rapat dengan mereka. Antara yang terkenal pada masa itu, Abg. Effy Saiful, Abg. Anuar Iberahim, Abg Faiz, Abg. Azhari, Abg. Baihaqi, dan beberapa lagi yang saya sudah lupa nama mereka.

Teringat lagi, akibat fanatiknya saya dalam seni khat, rakan-rakan saya selalu menegur kerana saya selalu berlatih menulis khat walaupun ketika itu PMR sudah sangat hampir. Sampaikan pelajar perempuan dalam kelas saya juga ada yang menegur saya kerana selalu sangat menulis khat. Kemudian, ada seorang ustaz meminta saya menghasilkan banner dalam tulisan jawi. Oleh sebab rakan-rakan saya yang lain tidak tahu menulis khat, jadi saya buat banner tersebut seorang diri. Mungkin kerana tidak pernah(agaknya) buat banner sebelum itu, saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sehinggakan seorang pengawal sekolah yang kenal dengan ayah saya menegur saya. Kerana setiap malam dia melihat saya menyiapkan banner tersebut walaupun PMR sudah dekat.

Saya sangat gembira mempelajari seni khat. Saya juga pelik kerana saya yang terkenal dengan tulisan cakar ayam saya, boleh komited mempelajarinya. Sejak daripada sekolah rendah sehingga tingkatan lima, guru-guru saya selalu menegur tulisan saya. Oleh sebab kekerasan tangan dan ketidaksenian diri saya, saya terpaksa berlatih lebih untuk memahirkannya. Pada ketika itu, saya gunakan pen khat yang sudah siap dengan dakwat, bukannya buluh atau resam. Jadi, seingat saya, apabila saya memasuki tingkatan tiga sahaja, sudah lebih 20 batang pen khat yang sudah kehabisan dakwat dalam koleksi yang saya simpan. Yalah, saya tiada guru yang mengajar saya bagaimana hendak menggunakan handam.

Itulah sedikit sebanyak sejarah bagaimana saya mempelajari ilmu seni Islam yang bernilai ini.

Monday, January 28, 2008

Penyakit Hati....(Pengenalan)

Jika pada suatu hari, kita dapati kereta yang kita pandu mati dengan tiba-tiba, pasti kita tahu bahawa kereta tersebut sedang mengalami kerosakan. Kalau tidak keretapun, apa-apa peralatan elektronik di rumah kita yang tidak dapat berfungsi lagi, apabila dihidupkan sudah tidak dapat beroperasi. Kita dengan segera dapat mengesan bahawa ada masalah dengan peralatan tersebut. Bukan kita tahu apakah kerosakannya(kecuali orang yang arif), tetapi kita sedar ada kerosakan padanya.

Kemudian pada suatu hari, kita dapati tangan kita sudah tidak mampu lagi untuk menyuap makanan ke dalam mulut. Pastinya kita sedar bahawa tangan kita sudah rosak(atau yang lebh tepat, tidak dapat berfungsi). Kita pasti dapat mengesan masalah yang kita hadapi jika pada suatu hari, kita tidak dapat mendengar, merasa ataupun kita tidak dapat melihat lagi sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Jika tidakpun, apabila kita merasa sakit seperti demam, sakit perut, muntah-muntah, ataupun rasa sakit pada mana-mana anggota badan, kita pasti mengetahui bahawa ada masalah dalam diri kita. Sebagai manusia yang normal, kita pasti akan berusaha untuk mencari penawarnya. JIka penyakit itu serius, mengkin kita akan terus berjumpa dengan doktor. Tetapi, bagaimana pula jika kita menghidap penyakit hati? Bukannya tiada orang yang menghiraukannya, tetapi tidak begitu ramai.

Anda pasti bersetuju jika saya katakan bahawa barang yang tidak dapat memenuhi matlamatnya diciptakan sudah rosak. Jika peti sejuk sudah tidak mampu untuk menyejukkan makanan, maka ia sudah rosak. Atau jika kereta sudah tidak boleh bergerak, pasti sudah rosak. Dan jika seseorang itu tidak dapat berfikir bagaimana untuk menjaga dirinya, maknanya akalnya sudah rosak(kecuali kalau masih belun pandai berfikir seperti bayi).

Sekarang cuba fikirkan, apakah fungsi atau matlamat hati diciptakan. Pastinya untuk merasa sifat belas kasihan dalam diri, untuk merasa takwa kepada Allah, untuk merasa malu untuk melakukan kesalahan. Cuba fikirkan pula betapa ramai manusia yang tiada rasa belas kasihan dalam diri mereka. Betapa ramai manusia yang berani mencabar kuasa Allah, dan betapa ramai pula manusia yang melakukan kesalahan dengan rasa bangga.

Apabila barang kita rosak, kita akan cuba untuk baikinya(jika perlu). Jika kita menghadapi penyakit, kita akan cuba untuk mencari penyembuhnya. Walaupun penyakit yang mustahil untuk diubatipun, kita akan cuba untuk mengurangkan rasa sakit atau kesan penyakit tersebut terhadap jasad kita. Namun, jika hati kita yang rosak, tidak ramai yang ambil peduli. Tidak ramai yang cuba mencari penawar, tidak ramai yang sedar atau tahu siapakah doktor kepada pemyakit hati tersebut. Adakah patut kita katakan yang hati kita ini tidak penting? Atau mungkinkah kita sememangnya tidak perlukannya dalam diri kita?

Penyakit hati sangat berbahaya kerana ianya adalah penyakit batin. Kadang kala kita tidak sedar. Sebagai contoh, penyakit sangka buruk terhadap orang lain dan panas baran tidak kene tempat. Hinggakan kita tidak dapat menerima teguran orang lain terhadap diri kita kerana kita tidak sedar akan kesalahannya. Contoh yang lain pula, adanya rasa ujub atau riak dalam diri. Sememangnya kita sedar apabila hadirnya perasaan tersebut dalam diri, namun ramai yang menganggapnya sebagai perkara biasa. Hal ini demikian kerana mungkin agak sukar untuk membuangnya, atau tiada sesiapa yang tahu dan mereka jadi 'malas' untuk ambil kisah terhadap perkara tersebut. Jadi, kita rasa bahawa masalah tersebut layak untuk diketepikan ianya satu kebiasaan. Dan lama-kelamaan, ianya sudah seperti lumrah dalam hidup kerana sudah sebati dengan diri.

Sampai sini sajalah saya menulis pada hari ini. Nantikan sambungannya pada edisi akan datang...

Wednesday, January 23, 2008

Jahiliyah...(1)

Sejak kecil lagi, Muhammad S.A.W. sangat terkenal dengan sifatnya yang sangat jujur dan menepati janji. Cuba bayangkan sejenak keadaan zaman jahiliah sebelum baginda diutuskan menjadi rasul. Keadaan yang sangat teruk. Orang yang dapat membezakan antara hak dan kebatilan seakan-akan sudah pupus. Golongan bangsawan melayan hamba-hamba mereka seperti kanak-kanak bermain dengan alat permainan mereka. Hartawan pula sibuk mengumpul harta seperti tiada benda lain yang lebih bernilai. Kerosakan akhlak dan kemerosotan nilai harga diri sudah parah. Tidak cukup anak perempuan ditanam hidup-hidup, wanita pun boleh diwarisi seperti harta benda yang lain. Arak, zina, rompak, bunuh, dan semua jenayah adalah satu lumrah. Mengikut lumrah hutan, 'yang kuat membaham yang lemah' dan tiada peraturan yang lain. Betul-betul primitif.

Kemudian, kita bayangkan pula keadaan Muhammad S.A.W. pada ketika itu. Baginda disanjung, sangat dihormati oleh semua lapisan masyarakat jahiliah tidak kira bangsawan atau hamba. Baginda sangat dikasihi oleh masyarakat. Baginda jugalah yang menyelesaikan perbalahan antara ketua-ketua kabilah Arab untuk meletakkan batu Hajarul Aswad. Baginda sangat ihsan terhadap orang fakir miskin. Walaupun baginda seorang anak yatim, baginda sangat pakar dalam perniagaan. Sejak 20an lagi, baginda sudah diberi kepercayaan penuh untuk membimbing kafilah perdagangan Siti Khadijah R.A.. Pada ketika itu, baginda punyai semua. Baginda ada harta dan nama yang sangat mulia dalam masyarakat sebagai seorang yang digelar al-Amin.

Masyarakat jahiliah mempercayai Muhammad S.A.W. secara total dan ini terbukti apabila ramai yang berjumpa dengan baginda meminta supaya 'tolong' dijagakan harta mereka semasa berpergian untuk berniaga atau pergi ke tempat yang jauh. Mereka terpaksa mencari orang yang boleh dipercayai kerana pada zaman itu, tiada jaminan keselamatan rumah mereka daripada diceroboh pencuri. Tiada rumah yang kukuh daripada dipecah masuk, tiada mangga untuk mengunci pintu yang selalu terbuka.

Selepas itu, kita telusuri pula kisah dakwah baginda. Kisah dakwah selepas Allah mewahyukan dakwah secara terbuka kepada baginda. Tanpa berlengah, baginda mengumpulkan semua ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang rapat di bukit safa. Kemudian,

Ibnu Abbas r.a. telah menceritakan bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w. telah naik ke Bukit Safa, lalu beliau berseru; “Hai orang-orang berkumpullah di pagi hari ini.” Lalu orang-orang Quraisy berkumpul mengerumuninya. Nabi s.a.w. melanjutkan pembicaraannya; “Bagaimana pendapat kalian, jika aku beritakan kepada kalian bahawasanya musuh datang menyerang kalian di waktu pagi ini, atau menyerang kalian pada waktu petang nanti, apakah kalian akan mempercayaiku?” Mereka menjawab; “Tentu saja kami percaya kepada kamu.” Nabi s.a.w. melanjutkan pembicaraannya; “Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi ingatan kepada kalian di atas azab yang keras.” Lalu Abu Lahab menjawab; “Celakalah kamu ini, apakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?”

Eh, bukankah sebentar tadi Muhammad S.A.W. sangat dipercayai? Tiada satu kalimahpun yang akan disangkal kesahihannya oleh orang lain, mereka sepatutnya sangat mempercayai baginda. Mengapakah peristiwa diatas berlaku? Cuba kita fikirkan sebentar, apakah yang dimahukan oleh Abu Lahab? Mungkinkah hanya kerana telah ditakdirkan untuk menjadi musuh utama baginda? Ataupun mungkinkah kerana musuh Allah itu yakin bahawa anak saudaranya sedang menipu ataupun sudah gila?

Sudah pastinya tidak. Jadi, ulangi semula pembacaan anda. Cuba carikan apakah sebabnya. Insya-Allah lain kali, saya akan lengkapkan tulisan ini.

Sedikit Peringatan

Di sini, ada beberapa pesanan. Pesanan untuk anda dan untuk saya:

1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau
berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab kerana ia merupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Friday, January 18, 2008

Ucapan Takziah

Belum lagi genap setahun saya meninggalkan alam persekolahan, sudah benyak perkara yang berlaku. Banyak musibah yang telah menimpa rakan-rakan sepersekolahan saya dahulu. Saya begitu tersentuh hati mendengar berita kematian ibu bapa rakan saya. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan mereka melalui ujian yang berat sebegini.

Rakan yang saya maksudkan ialah Saudari Maryam Fadhillah yang kehilangan ibunya lewat tahun lepas dan saudara Izzat Md. Nor yang kehilangan ayahnya pada bulan ini. Hanya ucapan takziah mampu saya berikan kepada kamu berdua. Tabahkan hati. Anggaplah ianya satu ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambanya. Jika kamu reda, maka ganjaran Allah sangatlah besar. Jangan salahkan takdir, kerana ianya ibarat kamu menyalahkan tuhan kamu sendiri.

Saya ingin memohon kemaafan jikalau tulisan saya ini sedikit sebanyak melukakan hati kamu berdua. Mungkin saya terlalu jahil dalam berfkir sehinggakan ada dalam tulisan ini sesuatu yang tidak sepatutnya ada. Tetapi, saya ikhlas untuk berkongsi rasa sedih bersama kamu berdua. Sesungguhnya kita masih lagi bersaudara.

Salam takziah saya ucapkan.

Thursday, January 17, 2008

Selamat Hari Lahir....(1)

Pada hari ini, umur saya sudah genap 18 tahun. Ibu saya pernah kata yang saya lahir pada pukul 5.30 pagi 17 Januari 1990. Tambahnya lagi, semua adik-beradik saya lahir pada waktu mentari tidak kelihatan(antara malam atau awal pagi), kecuali abang saya yang ke-5, Fahmi yang lahir pada awal petang. Mungkin ada kelainan dalam diri abang saya tersebut yang tidak saya ketahui.

Dalam itu, satu perkara yang menjadikan saya kagum ialah ibu saya. Ibu saya boleh menyebutkan satu per satu waktu kelahiran anak-anaknya dari yang pertama, hingga yang kelapan! Mungkin ianya adalah satu perkara biasa jika ibu saya masih muda dan kelahiran anak-anaknya masih segar dalam ingatan, namun dia bakal menyambut kelahiran ke-53 pada Oktober tahun ini. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai naluri seorang ibu. Selalu ingat akan anaknya, tetapi anaknya tidak pasti lagi begitu.

Sambutan ulang tahun hari lahir adalah satu perkara yang asing dalam keluarga saya. Bukan hanya sambutan, ucapan 'Selamat Hari Lahir' juga merupakan satu perkara yang tidak popular dalam senarai amalan ahli famili saya. Seingat saya, saya pernah mendapat hadiah sempena hari lahir hanya ketika saya masih kecil. Itupun, mungkin sekali dua sahaja. Mungkin kebiasaan ini jugalah yang menyebabkan saya tidak begitu peduli jika hari ulang tahun kelahiran saya sunyi seperti kebiasaan hari-hari yang lain. Saya juga sangat kekok memilih hadiah untuk diberikan kepada orang lain kerana saya sangat tidak biasa melakukannya. Walaupun begitu, jauh di sudut hati saya, saya juga ingin diraikan. Apabila saya menerima ucapan 'Selamat Hari Lahir', saya merasa sungguh gembira dan seperti sangat dihargai.

Apapun, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepada sesiapa sahaja yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini.

Wednesday, January 16, 2008

Pembinaan

Saya mahu meletakkan 'benda-benda' sampingan dalam blog ini. Saya lihat orang lain ada yang letak pengira pengunjung, pengira hari, shoutbox, kalau tidak pun, jam, jadi saya juga teringin untuk meletakkannya dalam blog kepunyaan saya. Walaubagaimanapun, saya tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya kerana saya membina blog ini seorang diri. Dengan tidak mempunyai asas atau pernah mengikuti kursus komputer(kecuali di sekolah dahulu walaupun saya rasa tidak berkesan), saya ingin juga mencuba membinanya dengan merujuk kepada beberapa panduan yang telah abang saya sediakan(walaupun tidak berapa faham). Walaupun agak susah untuk melakukan perkara yang tidak pernah saya lakukan dan tidak tahu bagaimana untuk dilakukan, saya rasa gembira kerana saya sedang belajar tentang sesuatu yang baru. Mungkin orang akan ketawakan saya kerana jahilnya saya dalam hal ini, ditambah lagi dengan ayat dalam tulisan yang terabur dan tidak gramatis, tetapi bagi saya, saya tiada masalah dengan itu. Bagi menambah baik lagi blog ini, saya perlu sesuatu yang lebih dan saya akan dapatkannya.

Tuesday, January 15, 2008

Yang Pertama...

Assalamualaikum,

Saya membina blog ini untuk beberapa tujuan, tetapi saya fikir tidak perlulah saya nyatakan semuanya di sini. Sementara saya masih ada kelapangan masa pada waktu ini, eloklah fikir saya untuk belajar sedikit sebanyak tentang cara membina blog yang baik. Maklumlah, baru habis SPM. Daripada membuang masa, lebih baik saya penuhinya dengan perkara yang bermanfaat dan saya fikir membina sebuah blog adalah satu perkara yang baik. Saya dapat idea ingin membina blog ini daripada abang saya, Zaki yang sudah lama membina blognya sendiri selepas berangkat ke bumi Mesir. Saya agak berminat untuk menulis, tetapi saya tidak pandai, jadi biarlah blog ini menjadi permulaannya.

Powered By Blogger
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template