Selalu sangat kita ni rasa marah apabila orang lain tak 'bagus' macam kita, tak ada kemahiran macam kita. Bila orang lain buat kerja tak elok (yang kita rasa bila kita buat, hasilnya akan jadi lebih baik), kita akan pandang rendah pada mereka. Kita selalu rasa bangga kalau kita lebih baik daripada orang lain. Kalau kita lebih pandai, pointer tinggi. Kalau kita pandai cakap, orang kagum dengan kita. Kalau ibadah kita banyak, kita rasa kita lebih mulia daripada orang lain, kitalah yang paling baik sekali.
Hakikatnya apa?
Hakikatnya, semua orang Allah dah bagi kelebihan masing-masing. Kalaulah si A pandai dalam akademik, mungkin si B bijak dalam pengurusan diri. Kalau si C ada kecekapan dalam berhujah, mungkin si D ada keikhlasan hati yang mantap. Kalau si E sangat strategis dalam merancang, mungkin si F ada hati yang bersih dan menyinari hati-hati yang lain. Tinggal bagaimana kita manfaatkannya sahaja.
Semua ada kelebihan masing-masing. Kita perlu ingat kalaupun kita ada kelebihan hatta apa sekalipun. Terimalah hakikat, pastinya kita ada kelemahan diri.
Jangan cepat melatah kalau terpaksa berurusan dengan kelemahan orang lain kerana percayalah yang dia ada kelebihan yang kita tak ada dan kita ada kelemahan yang dia tak ada. Jangan merendahkan orang hanya kerana kita nak rasa diri kita baik.
Sebab apa?
Ingatlah bahawa kebaikan dan keburukan ada banyak jenis. Dalaman, luaran, yang kita sedar dan yang tidak. Dan hakikatnya kita tak tahu yang mana satu yang Allah akan pilih sebagai asbab untuk Dia kurniakan syurga-Nya kepada kita dan yang mana satu yang Dia akan pilih untuk menghumbankan kita ke dalam neraka (nauzubillah min zalik). Boleh jadi kebaikan atau keburukan itu kecil pada pandangan kita.
Bukanlah saya nak memperlekehkan dan merendahkan kebaikan orang yang selalu memberi manfaat kepada orang lain...tapi sekadar peringatan kepada diri yang lemah ini...semoga kita semua terhindar dari penipuan diri kita sendiri.
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
5 years ago
5 maklum balas:
betul3....terima kasih atas ingatan..
I agree so much for what you quoted.
It seems like we are designed for a purpose.
Accept it with qanaah~
Betul tak?
btol2...ak pn slalu gak rse cm2...mcm la diri ni bgus sgt, pdahal bnyk je klemahan yg d sembunyikan...tinggal Allah tutup je dr pndgn umum,..itupn xsyukur lg
betul betul betul.. :D
interesting!!
Post a Comment