MAK ABAH saya berprofesyen sebagai dua orang GURU.
Bukan nak berbangga ataupun apa, tapi nak puji je.
Masa saya kecil dulu, saya ada satu cita-cita. Nak jadi Cikgu. Cita-cita ni masa sekolah rendahlah; abang saya pun ada cita-cita yang sama. Saya ingat lagi, ada satu ketika itu, saya masih lagi di sekolah rendah tahap satu. Abang saya siap buat kelas Matematik lagi untuk saya dan adik saya. Memang macam kelakar, tapi itulah kuatnya semangat nak jadi cikgu.
Kemudian, bila saya dah besar sikit; dah sekolah menengah, saya modify sikit cita-cita tu jadi Pensyarah (sebab nak nampak advance sikit la kononnya).
Walaupun kini saya tengah ambil Program Kejuruteraan di Universiti, tapi minat nak jadi cikgu tu masih ada; cumanya kalau famili saya tanya, saya cakaplah, "Amik Engineering kot, jadi engineer la".
Ok, fact yang saya nak bawa kat sini adalah, adik beradik saya ada 8 orang; 5 dah kerja, 3 masih belajar; dan 4 dah berkahwin...cuba bayangkan, yang 5 abang kakak tambah 4 orang abang kakak ipar sekali; jumlah=9 orang (tak termasuk mak dan abah); semuanya bekerja sebagai GURU; ada yang jadi cikgu sekolah rendah, KPLI, J-Qaf, ada MRSM, ada Sekolah agama swasta dll.
Menarik kan fakta ni...
P/s: Apa pujian yang saya nak cakap tadi? Saya nak kata, mak abah saya ni memang jaga kami betul-betul la, dan bersungguh-sungguh menjiwai profesyen masing-masing, sampaikan anak-anaknya ikut jejak langkah mak abah; mungkin sebab nampak best kot kerja cikgu ni...tapi yang tak tahannya tu, yang menantunya pun semua pakat pilih kerja yang sama...=)
3 maklum balas:
ko nak jd cikgu gak ke?? jd suk dah le, ganti khusrin
tak ah, aku ni engineering undergraduate kot...
ko sambung la bt master, pastu jd lecturer kat cfs...
Post a Comment