Belum lagi genap setahun saya meninggalkan alam persekolahan, sudah benyak perkara yang berlaku. Banyak musibah yang telah menimpa rakan-rakan sepersekolahan saya dahulu. Saya begitu tersentuh hati mendengar berita kematian ibu bapa rakan saya. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan mereka melalui ujian yang berat sebegini.
Rakan yang saya maksudkan ialah Saudari Maryam Fadhillah yang kehilangan ibunya lewat tahun lepas dan saudara Izzat Md. Nor yang kehilangan ayahnya pada bulan ini. Hanya ucapan takziah mampu saya berikan kepada kamu berdua. Tabahkan hati. Anggaplah ianya satu ujian daripada Allah untuk menguji keimanan hambanya. Jika kamu reda, maka ganjaran Allah sangatlah besar. Jangan salahkan takdir, kerana ianya ibarat kamu menyalahkan tuhan kamu sendiri.
Saya ingin memohon kemaafan jikalau tulisan saya ini sedikit sebanyak melukakan hati kamu berdua. Mungkin saya terlalu jahil dalam berfkir sehinggakan ada dalam tulisan ini sesuatu yang tidak sepatutnya ada. Tetapi, saya ikhlas untuk berkongsi rasa sedih bersama kamu berdua. Sesungguhnya kita masih lagi bersaudara.
Salam takziah saya ucapkan.
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
5 years ago
1 maklum balas:
Maryam Fadhilah, yang kehilangan Umi tercinta pada 22.12.2007, telah kehilangan bapanya pula pada 22.3.2008. Semoga Allah muncucuri rahmat ke atas mereka dan memberi Maryam dan adik beradiknya kekuatan dan keimanan dalam menghadapi dugaan ini.
Post a Comment