Wednesday, April 30, 2008

Sekolah Arab...

Dulu, saya pernah menuntut di sekolah Arab. Ada orang yang menyuarakan ketakjubannya sambil berkata, "Kau belajar sampai 30 subjek kan? Boleh bawak ke?". Maksudnya, SMRA(10 subjek), PMR(9 subjek) dan SDKA(12 subjek). Semasa zaman abang saya, semua peperiksaan tersebut diambil semasa tingkatan 3. Masa saya, SDKA dan PMR sahaja yang saya duduki semasa di tingkatan 3. SMRA semasa tingkatan 2.

Siapa kata tak boleh cemerlang walaupun belajar banyak subjek? Saya ambil contoh abang saya, PMR (8 A), SMRA (1o Mumtaz), dan SDKA (Agg. 8*).

Subjek SPM yang 12 itupun orang kata, "Banyak tu, boleh ke belajar?"

Sampaikan ramai budak (lepasan UPSR) yang tidak mahu meneruskan pengajian di sekolah aliran 'Arab'. Bukannya kerana tidak belajar subjek Matematik dan Sains, tetapi kerana mind setting yang menganggap bahawa belajar bahasa Arab adalah sangat sukar. Buat apa belajar subjek agama kalau boleh menyebabkan subjek sedia ada (PMR & SPM) terganggu?

Saya pernah bertanya kepada seorang murid saya," Nanti lepas UPSR, nak sambung mana? Nak masuk sekolah Arab?". Lalu dia jawab," Tidaklah, saya nak masuk SBP @ MRSM sebab bahasa Arab susah".

Pada saya, belajar bahasa Arab adalah sangat penting. Kalau muslim, mesti tahu bahasa Arab, kalau tidak banyak, paling kurang adalah asasnya.

Antara masalah yang saya lihat adalah berkaitan dengan ibadah harian kita. Satu contoh, semasa menunaikan solat, daripada awal sampai akhir, tiada sepatahpun daripada ucapan dalam ibadah tersebut difahami. Apabila tiba waktu doa, orang mengaminkan doa, kitapun ikut aminkan sekali. Entah apa yang kita aminkan pun kita tidak tahu(saya tidak kata tidak boleh). Lainlah kalau ada yang mengambil inisiatif mencari makna sendiri (itupun kalau semua orang menggunakan teks doa yang sama). Jadi, apa matlamatnya? Adakah sekadar memenuhi tuntutan urf dan adat?

Kemudian, galakan membaca al-Quran masa kini hanya menekankan 'baca' sahaja. Bukan memahami isinya (seperti dalam matlamat asal galakan). Kemudian, dikatakan bahawa dengan membaca al-Quran boleh membangunkan umat Islam gemilang. Mana datangnya kegemilangan dengan sekadar bacaan sahaja? Habis tu, dah tidak faham, nak buat macam mana? Baca sahaja sudahlah.


Kita sekarang seakan-akan memandang bahawa ilmu agama(akidah, syariah, & tasawuf) adalah second class punya ilmu. Yang penting, khatam dahulu ilmu duniawi. Dah tua nanti, baru cari ilmu agama tu.


Teringat saya akan kata-kata seorang guru saya (lebih kurang macam ini),"Jangan sesekali kamu fikir bahawa belajar ilmu agama itu membebankan, padahal itulah yang membawa keberkatan".


Maksudnya, tidak ada alasan tidak mahu belajar agama kerana boleh memberi kesan negatif (membebankan) kepada subjek-subjek lain. Jangan sesekali kata subjek agama itu mengganggu konsentrasi kita terhadap subjek lain yang lebih 'penting'.

Ada orang yang belajar, susah nak dapat. Ada orang, belajar sikit sahaja sudah dapat. Semua ini tidak lain tidak bukan, sudah tentu bergantung kepada Allah (tapi bukan Qadariah).

Ilmu akademik seperti Sains dan Matematik itu penting dan perlu dipelajari, tetapi ilmu agama (akidah, syariah, & tasawuf) pula wajib dipelajari. Jadi, ketepikan soal susah dan senang, belajar kedua-duanya sekali. Usaha dan insya-Allah kita akan dapat apa yang kita usahakan (kalau tidak, takkan adanya sekolah aliran Arab tu). Percayalah, kita memang perlukannya untuk hadapi hidup yang penuh cabaran ini.

Untuk kejayaan, yang penting adalah keberkatan. Untuk mendapatkannya, kita perlukan keikhlasan dan ditambah dengan pengaplikasian konsep tawakal (usaha, doa, & berserah...dilakukan secara serentak).

Akhir kata, macam mana kita nak membela sesuatu yang kita sendiri tidak fahami? Macam mana nak dibela Islam itu kalau kita sebagai umatnyapun tidak mahu memahaminya.

Wallahu A'lam...

* agreget terbaik ialah 7

p/s: sorila, istilah sekolah arab & agama tu agak bercelaru.

6 maklum balas:

Unknown said...

stam??

hanif_m_noor said...

ha3, aku xberape faham la...ko nk tnye aku pasal stam ke ape? atau, ko nk ajak aku amik stam?

Dalam cerita aku memang x sampai stam lagi...sma pon belom...

Unknown said...

soaln yg pnuh abstrak...

hanif_m_noor said...

aku faham...lebih bermakna kalau dibia mcm tu je...bole diteruskan lg...

__ said...

aku terharu bile ko tulis yang penting dalam kejayaan adalah keberkatan. thanx

hanif_m_noor said...

Yela, sebab itulah dikatakan bahawa orang miskin dan kaya sama...dan orang pandai dan x sama tarafnya...

dan setinggi mana taraf kita ditentukan oleh ketakwaan...dan ketakwaanlah yang akan membawa keberkatan

Powered By Blogger
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template