Monday, May 12, 2008

JPA...oh, JPA...

Saya sebenarnya sudah lama mendapat tahu bahawa saya telah gagal mendapatkan tempat untuk biasiswa tajaan JPA kerana saya memohon program kejuruteraan ke Jepun (yang keluar pada 18 April).

Pada hari keputusan diumumkan, saya cepat-cepat menyemak sama ada permohonan saya diterima atau tidak. Apabila saya lihat keputusannya, "Dengan dukacitanya dimaklumkan, saudara/i tidak berjaya untuk...". Hah, biar betul! Saya tergamam, macam tak percaya. Mungkin kerana saya terlebih yakin dan sangat berharap untuk mendapatkannya. Kecewa sangat rasanya.

Kemudian, hati saya memujuk, "Mungkin yang terbaik untuk aku itu bukan di sana, tapi di Malaysia...kuasa Allah, siapa tahu?", bisik hati saya. Namun begitu, dek kerana rasa agak terkilan, saya hanya senyap sepanjang hari, tak ada mood pada hari itu.

Ibu saya bertanya, "Anep sedih sangat ke?", "Tak adalah, biasa je", jawab saya berdalih. " Kan Anep selalu cakap dengan mak yang Anep nak yang terbaik, mungkin itulah yang terbaik", kata ibu saya seakan memujuk. Mungkin dia dapat membaca kesedihan hati saya pada masa itu. Memang betul, saya selalu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Pastinya setiap apa yang Allah beri itu, ada hikmahnya.

Kemudian, kedukacitaan saya sedikit terubat apabila menerima tawaran daripada Matrikulasi Melaka dan UIAM (asasi kejuruteraan). Alhamdulillah, sedikit berbunga jugalah hati saya ini. Mungkin Allah sudah takdirkan yang saya akan belajar di UIAM.

Walaubagaimanapun, sampai ke saat saya menulis sekarang inipun, hati saya masih terasa sedihnya.

Apabila membaca blog Anas, saya lihat senarai sahabat-sahabat yang mendapat tajaan Mara dan JPA. Dalam shoutbox, semua mengucapkan tahniah. Tahniah! saya ucapkan, tetapi rasa terkilan dalam hati ini, entahlah. Tak tahu nak cakap bagaimana. Pada hari biasiswa JPA diumumkan, sepupu saya memberitahu saya yang dia berasa sangat sedih kerana tidak berjaya. Saya faham, memang sedih, tetapi itulah hakikatnya. Perlu juga sekali sekala kita merasa kegagalan. Jika tidak, mungkin kita akan menjadi sombong di kemudian hari (na'uzubillahi min zailik).

Dahulu, saya suka memberi nasihat jika melihat kawan-kawan bersedih. Tetapi, sekarang saya yang merasakannya, jadi saya jugalah yang perlu memberi nasihat kepada diri.

Walau apapun, saya tetap bersyukur. Cita-cita saya mahu menjadi pensyarah, jadi saya perlu berusaha untuk belajar sampai PhD. Kalau saya tak ada nasib untuk sambung belajar ke luar negara semasa ijazah pertama, mungkin lain kali ada. Siapa tahu? Apapun, saya reda.

p/s: lapang jugak hati bila dah tulis dalam blog ni....semoga kita semua berjaya dunia akhirat...amin

9 maklum balas:

Anonymous said...

iAllah..itu yg terbaik buat diri kamu.. ingatlah
ALLAH adalah sebaik-baik perancang..
mmg la sedih bile apa yg kte harapkan xtercapai,tp dalam kesedihan 2 pasti ada cahaya hikmahnye..

“Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari. Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari di mananya matahari! Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI…”

anyway,congrats dpt uiam...

hanif_m_noor said...

pelangi? yela, ko kan ada pelangi sendiri..ha3

AiMaN KiSaH said...

tak pe
ak pun cm ko gk
ak doa yg terbaik buat ko
gud luck my frenz

everjihad said...

salam ziarah..

hmm..kita punya perasaan yang serupa. .


La tahzan..
Tiada apa yang perlu ditangisi apa yang bukan milik kita.

Jemput baca post kat blog saya.
menulis dlm keadaan terkilan la jugak.

tp lepas dah tulis dan dapat beberapa inspirasi alhamdulillah dapat terima dgn rasa sangat redho.

di saat orang lain gembira sangat2, kita menanggung kecewa. mungkin inilah kehidupan. di saat kita gembira ada insan yang berduka. maka pokoknya, kita perlu sentiasa rasa bersyukur hatta dalam berduka. kerana masih ada lagi insan yang tak senasib mcm kita n lagi teruk dari kita.

Bersyukur dengan apa yang ada.
Redho dengan apa yang tiada.
Insya Allah hidupmu kan bahagia.

wah! sedap plak ayat tu. ntah mane dtg idea..hoho.

* huhu..kira awk patut bersyukur dpt uia. sy yg nak uia n mintak uia dari pilihan 1-4, xdpt pun uia. huhu..tp sy pun harus rs bersyukur. at least dpt tmpt masuk ipt. dpt ~

USIM - maka Bersyukurlah! ^_^

aiwah..!La Tahzan..!^__^

hanif_m_noor said...

to aiman:

thanks...jap, ko mcm aku gak? mcm mane? ko kn dpt...???

to nur ain:

thanks 4 visitng my blog...insyaAllah nnti sy lawat

Unknown said...

Setiap detik/perkara yg berlaku sumenye TAKDIR ALLAH...

haNnaNcayuNK said...

sabo jer la
UIAM pon ok gak pe,
kan kan

hanif_m_noor said...

to anas n hanna:

thanks...

Uqbah Azam said...

huhu..
wahai cazenku, ahaks..
mak aih, lpas nta sound pasal ana sdey xdpat jpa.. makin nak nanges seh. ingat nak minx simpati.. tup2, dpt cramah free lak.. uh,, harapan 2 snanye sjak dri form1 lg.. nak g ovC.. ana tetap simpan angan2 tu.. doakan dpt tyme master ye.. insyaALLAH.. pepon, thx atas nasihat yg bgune.. ilal liqo'

Powered By Blogger
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template