Sunday, January 30, 2011

[N05] PRK yang Bersejarah (Johor dah berpuluh tahun takda PRK kot..)

1:26
Setakat jam 1 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 8,167 pengundi atau dalam peratusan 55.36 peratus menurut SPR.
1:36
SK Kampung Tenang - Dilaporkan 6 buah trak polis dan jip tanpa stiker SPR memasuki pusat pembungan undi. Tujuan tidak diketahui.
1:41
Cikgu Mala sekarang menuju ke SMK Tenang. Beberapa jalan dilalui sudah di dinaiki air dan kenderaan bergerak perlahan.
1:51
Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut
2:08
Kebanyakan jalan kini ditutup kepada kenderaan ringan. Pergerakan di Tenang kini terbatas.
2:09
Pasukan penyelamat kini giat menjalankan usaha memindahkan penduduk dan mengambil pengundi untuk dibawa ke tempat pengundian
2:31
Seramai 846 orang penduduk di Tenang dibawa ke pusat pemindahan berikutan banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kg Usaha Jaya, Kg Air Panas dan Kg Batu Badak.
2:32
Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil.
2:37
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran banjir dan kebanyakan jalan ditutup.
2:42
"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.
2:48
Menurut SPR, setakat jam 2 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang ialah 61.17 peratus iaitu 9,025pengundi.

2:54
VIDEO: Cikgu Mala melawat tempat mengundi
http://www.youtube.com/watch?v=2vaBvLGIy7M
3:28
Laluan banjir teruk menuju ke dua pusat pengundian. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.
3:36
Expand
Jalan utama dari Pekan Labis ke Segamat dipenuhi air bercampur lumpur dari bukit akibat hujan yang tidak berhenti dari tengah hari tadi.
3:37
Kebanyakan kenderaan kecil yang cuba melepasi Tenang menuju ke Segamat terpaksa berpatah balik ekoran beberapa tempat sepanjang laluan kini hampir terputus sepenuhnya akibat banjir.
3:39
Expand
Jalan utama dari Labis ke Segamat yg mula dinaiki air.
3:42
Expand
3:44
Setakat jam 3 petang, jumlah keluar mengundi di Tenang meningkat kepada 65.19 peratus iaitu 9,618 pengundi.
3:54
Expand
3:54
Jalan masuk dari Pekan Labis menuju ke Felda Tenang dan Air Panas ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
3:56
Kelihatan trak tentera membawa bot memasuki kawasan berkenaan.
4:05
Expand
4:11
Pihak polis yang ditemui wartawan Harakahdaily memberitahu sebanyak 3 buah bot disediakan untuk mengangkut mangsa banjir yang terperangkap.
4:14
Expand
Sebuah kereta yang ditelenggami banjir di Pekan Labis.
4:15
Petugas PAS di Ladang Labis Utara terputus hubungan dengan luar, jalan keluar masuk ke tempat mengundi dinaiki air.
4:18
Expand
4:25
Expand
Polis sedang menurunkan bot dari trak.
4:32
Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.
4:34
Kira-kira setengah jam lagi semua pusat pengundian akan ditutup.
4:36
Polis mula mengawal lalu lintas di Jalan menuju ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis sebagai persediaan untuk proses penghantaran peti undi dari setiap unit peti undi.
5:00
Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.
5:30
Sehingga pusat pembuangan undi ditutup pada jam 5 petang, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak71.75 peratus atau 10,585 pengundi.

2 maklum balas:

hanif_m_noor said...

KEPUTUSAN RASMI UNDI POS
PAS - 3
BN - 115
Undi rosak - 1
Jumlah keseluruhan - 119

hanif_m_noor said...

KEPUTUSAN RASMI KESELURUHAN
PAS: 2992
BN: 6699
Majoriti: 3707

Peratus perbezaan undi: 28.25%

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template