Saturday, October 3, 2009

Ingatan Untuk Diri...

Selalu sangat kita ni rasa marah apabila orang lain tak 'bagus' macam kita, tak ada kemahiran macam kita. Bila orang lain buat kerja tak elok (yang kita rasa bila kita buat, hasilnya akan jadi lebih baik), kita akan pandang rendah pada mereka. Kita selalu rasa bangga kalau kita lebih baik daripada orang lain. Kalau kita lebih pandai, pointer tinggi. Kalau kita pandai cakap, orang kagum dengan kita. Kalau ibadah kita banyak, kita rasa kita lebih mulia daripada orang lain, kitalah yang paling baik sekali.

Hakikatnya apa?

Hakikatnya, semua orang Allah dah bagi kelebihan masing-masing. Kalaulah si A pandai dalam akademik, mungkin si B bijak dalam pengurusan diri. Kalau si C ada kecekapan dalam berhujah, mungkin si D ada keikhlasan hati yang mantap. Kalau si E sangat strategis dalam merancang, mungkin si F ada hati yang bersih dan menyinari hati-hati yang lain. Tinggal bagaimana kita manfaatkannya sahaja.

Semua ada kelebihan masing-masing. Kita perlu ingat kalaupun kita ada kelebihan hatta apa sekalipun. Terimalah hakikat, pastinya kita ada kelemahan diri.

Jangan cepat melatah kalau terpaksa berurusan dengan kelemahan orang lain kerana percayalah yang dia ada kelebihan yang kita tak ada dan kita ada kelemahan yang dia tak ada. Jangan merendahkan orang hanya kerana kita nak rasa diri kita baik.

Sebab apa?

Ingatlah bahawa kebaikan dan keburukan ada banyak jenis. Dalaman, luaran, yang kita sedar dan yang tidak. Dan hakikatnya kita tak tahu yang mana satu yang Allah akan pilih sebagai asbab untuk Dia kurniakan syurga-Nya kepada kita dan yang mana satu yang Dia akan pilih untuk menghumbankan kita ke dalam neraka (nauzubillah min zalik). Boleh jadi kebaikan atau keburukan itu kecil pada pandangan kita.

Bukanlah saya nak memperlekehkan dan merendahkan kebaikan orang yang selalu memberi manfaat kepada orang lain...tapi sekadar peringatan kepada diri yang lemah ini...semoga kita semua terhindar dari penipuan diri kita sendiri.

Monday, June 15, 2009

Haha..Patutlah Pointer Aku Rendah...baru perasan

"Jadi macam mana sekarang? Apa keputusan kita?"
"Kita dah bincang lama sangat dah ni. Nak tangguh atau teruskan?"
"Aku tau semua ade banyak kerja, tak study lagi.". Kata seorang sahabat semasa meeting.

"Aduh, terabai akademik aku" Seorang sahabat mencelah

"Rileks, aku pun tak study lagi hari ni, tapi kita kena jugak dapatkan kata putus; penting, masa semakin suntuk dah ni" Balas kawan saya yang tadi.

Entah macam mana, terkeluar satu soalan dari mulut saya, "Memang hari-hari kena study ke?"
"Haa??" Ahli majlis mesyuarat semua buat muka pelik..."Aku rasa soalan ko tak relevan la" Tiba-tiba seseorang bersuara.

Semua orang memang study hari-hari ke? Aku ingat dulu roomate aku yang study hari-hari tu satu perkara yang ajaib. Rupanya aku yang pelilk sebab tak pernah study. Hehe...

Meeting lepas tu, kawan saya cakap lagi, "Ok, kalau malam ni kita dah habis bincang, kita boleh la study".....






p/s: aku tak provide conclusion dalam tulisan ni, buat la sendiri....SEMOGA BERJAYA!!!!!

Saturday, May 16, 2009

Maafkan Saya

"Hanif, ana harap anta tak salah faham....Kalau ikut ana sendiri, anta ok je pada pandangan ana. Tapi ana terkejut juga bila seorang kawan ana ni katakan pada ana yang anta ni tak berapa hikmah dalam menegur, dia rasa macam teruk sangat dia pada pandangan anta"

"Ooo. Apa lagi yang dia kata?"

"Dia tu tua sedikit dari anta, jadi dia mungkin berkecil hati kalau anta layan dia macam anta layan orang lain. Tapi dia takkan direct bagi tahu anta sebab anta ni pun kawan dia juga". Sambungnya lagi.

"Em..." Saya menunggu butir ayat yang seterusnya untuk dia teruskan.

"Anta kena sesuaikan ikut orang. Kalau macam ana ni, anta nak layan macam member2 biasa, ana pun tak kisah. Tapi ada orang tak boleh, mungkin agak sensitif. Mungkin dia rasa dia tak dihormati, anta kena perhati perkara ni" Sahabat saya menegur.

Saya terdiam sebentar, mencari ayat....

"Terima kasihlah sahabat sebab bagi tahu ana. Ana bukan tak perasan. Tapi kadang-kadang ana ni memang terlepas pandang tentang perkara ini. Ana pun sedar yang ana ni memang tak berapa pandai jaga hati orang. Lagi-lagi dalam menjaga tutur kata. Silap ana juga" Saya bersuara.

"Lagi satu, ana nampak anta ni kalau jumpa dengan orang yang baru kenal terus je layan macam member rapat. Bukan tak bagus, tapi kita kena pertimbang cara kita, takut apa yang kita buat tu menyebabkan orang tak suka" Isu baru dibuka.

"Bagus jadi peramah, tapi perlu bertempat." Dia menambah.

"Em, betullah anta. ana ni kadang-kadang melebih-lebih macamlah dah kenal lama." Alamak, saya termengakulah pulak. Hanif, bantah la sikit!...tapi dah memang betul nak bantah apenye?

"Jadi itulah ana nasihatkan anta, supaya jangan layan orang sesuka hati je. Semua ada perasaan yang perlu dijaga." kata sahabat saya dengan tenang. "Tapi anta jangan berkecil hati pulak, ana tak berniat apa-apa, cumanya tak sedaplah bila dua kawan ana ni bermasalah"

"Ya, anta betul. Ana mengaku dan ana tak kecil hati. Baguslah anta bagi tahu, sekurang-kurangnya, ana boleh perbaiki apa yang kurang" Saya mulakan bicara kembali.

"Tapi sebelum tu, ana ada nak kongsikan sesuatu dengan anta" Saya cakap perlahan.

"Memanglah sebagai orang yang ditegur, kita mengharapkan orang yang menegur berlapang dada dengan kita; menegur dengan hikmah, melayan kita dengan hormat."

Sahabat saya tersebut hanya mendengar..

"Tetapi perlu juga kita ingat bahawa semua orang tidak sempurna". "Ada orang yang baik ibadahnya, tapi kurang pula dari sudut tatasusilanya" Kata saya. "Ada orang baik hatinya, tetapi kadang-kadang kita pula yang terganggu dengan perangainya".

"Jadi sepertimana kita mahukan orang menerima kekurangan kita, seperti itulah kita perlu bersedia menerima kelemahan orang lain". Tegas saya.

"Jika kita mahukan sahabat yang memahami kekurangan atau keburukan diri kita dan menegur kita dengan cara yang berhikmah, ingatlah bahawa semua orang ada cacat celanya; dan kalaulah orang tersebut memang tidak berhikmah dalam menegur, itulah kekurangan yang perlu kita terima".

"Ini konsep dua hala, kita perlu berlapang dada terlebih dahulu sebelum kita mengharapkan orang lain berlapang dada pada kita".

"Ana cakap macam ni, bukanlah nak katakan bahawa ana tak bersalah atau nak back-up balik diri ana sendiri daripada kesalahan yang ana buat." Kata saya menjernihkan persepsi. "Ana memang bersalah, dan teguran anta sangat bernilai buat ana" Ana akan cuba ubah perilaku dan adab ana"

"Ana harap anta faham apa yang ana maksudkan adalah kita semua ada kekurangan dan kelemahan yang tersendiri. Dan bagaimana kita mahu orang lain berlapang dada dengan kita, kita juga perlu belajar memahami kekurangan mereka. Kitakan kawan."

"Apapun, terima kasih banyak-banyak atas teguran anta" Ujar saya mengakhiri kata....



p/s: Maaflah kalau ada sesiapa yang selama ni pernah berkecil hati dengan saya....tegurlah kalau saya tersilap...jujur saya katakan, saya sangat menghargainya...tq

Terima Kasih Semua!!!!!!

"Saya nak jadi cikgu"

"Anep nak kerja apa nanti?" Mak tanya..."Anep nak jadi pendidik, tak kesah la cikgu ke, pensyarah ke"

"Em, ko ade nak tanya aku ape2 tak? aku boleh tolong ajarkan"

"Nep, masdar tu ape?", "Jap, camni..."

"Kamu nak jadi penyarah? Bidang apa?", "Saya tak kesah bidang apa pun, asalkan saya dapat Master, PhD. saya mengajarlah dalam bidang tu"

Sempena Hari Guru, Saya mengabil kesempatan untuk mengucapkan kepada:

0. Junjungan besar Muhammad s.a.w yang tanpa mengeluh, bersama para sahabat menyebarkan risalah Allah...Alhamdulillah (Pujian hanya bagi Allah) saya tergolong dalam umat yang diberi Iman dan Islam....Thanks a lot....

1. Mak saya, Ustz. Jamaliah....yang mendidik dan mengasuh saya sejak kecil dan sampai sekarang tak berhenti lagi menjadi tempat saya mengadu....tak kira susah atau senang sentiasa di sisi...thanks mak!

2. Abah, Ust. M Noor....yang terlalu banyak pengalaman yang saya timba darinya...sangat prihatin terhadap anak-anak (yang selalu saya mintak duit, hehe)...terima kasih atas segala pengorbanan abah!

3. Warga pendidik Sekolah Kebangsaan L.K.T.P. Ayer Hitam (Cg. Kauthar, Cg. Musa, Cg. Salimah, Cg. Latifah, Cg. Salmah) Yang mengajar erti 'belajar' kepada saya...

4. Warga pendidik Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor dari F1-awal F4 (Cg. Latifah, Us. Fuad, Ust. Mashitah, Cg. Salmah, Ust. Shaharuddin, Allahyarham Us. Ahmad, Ust. Tanti, Ust. Atikah, Cg. Mt Sairi, Cg. Kalamullah, Cg. Normah, Ust. Nora, Us. Hermie, Us. Faiz, Cg. Rafkah, Ust. Faridah, Cg. Sairi, dan yang saya terlupa untuk sebutkan sekali) Yang menyemai sinar keilmuan dalam diri saya....

5. Warga pendidik Bumi Waqafan; Kolej Islam Sultan Alam Shah (Ust. Zubaidah, Ust. Noreidah, Cg. Salma, Ust. Mohamad, Cg. Nurlini, Cg. Asiah, Cg. Wong, Cg, Wan, Cg. Mariah, Cg. Nik Hazira, Ust. Noraziah, Cg. Harlina, Ust. Norhayati, Cg. Aznora, Cg. Marina, Cg. Nur Azlin, Cg Haznah, Cg. Ch'ng, Ust. Sumaiyah, Cg. Rosnani, Ust. Rasyidah) Yang mematangkan diri saya....

6. Warga pendidik (bekas bumi KIM) Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Bro. Pahsha, Ms. Zaharah, Mdm. Nordiana, Mdm. Marshitah, Mdm. Lily, Mdm. Asmeza, Bro. Malik, Ms Hartini, Mdm. Catherine, dan banyak lagi) Yang menunjuk ajar saya...

7. Adik-beradik semua (Along, Angah, Uda, Ajib, Mimi, Acit, Adik) Yang banyak pengalaman dilalui bersama

8. Kawan-kawan sekolah dulu dan sekarang ni (Fadhil, Syed, Faeq, Naqib, Hanif, Faqih, Azizul, Rahmat, Tuan, Sadiq, Hakim, Izzat, Tarmizi, Izzudin, Fateh, A. Azrul, Anas, Akmal, Idil, Munzir, Ikhwan, Hafizi, Amir, Kerol, Aiman, Amir, A. Ubaid, A. Hafiz, A. Amin, Izzaz, A. Fauzan, K. Amelin, K. Fitri, K. Iftitah Firdaus, Haq, Azam, Majdi, Hakim, Amirul, Syrup, dan semua) Yang banyak membimbing saya...

9. Dan sesiapa sahaja kerana tak mampu saya ingin nyatakan di sini...maaf, tapi saya sangat2 berterima kasih kepada kalian semua....Yang membawa saya kepada Tuhan....

Terima Kasih Semua...Selamat Hari Guru saya ucapkan!!!

p/s: Maaflah kepada sesapa yang tak sempat saya rakamkan ucapan terima kasih ini....

Wednesday, May 13, 2009

Coming Late

SPEAKING TEST for EPT
VANUE: LY009
DATE: 13 MAY 2009
TIME: 4.50 PM

Me: Assalamualaikum
Madam: Waalaikumussalam
Madam: What is your name?
Me: Hanif
Madam: Owh, you're late.
Me: I'm sorry madam
Madam: Because you're late and we have no enough time, you have no time to brainstorming. Take the card and you may start now.
Me: Now?
Madam: Yes
Me: ok

1st Question: "Describe about the most memorable event that you had"

Me: Em, from my primary school till my secondary school, i'm not too involved in co-curricular activities. Very shy and passive person.
Madam: Ooo...
Me: Until i'd entered Kisas, in my form 4, i had been a secretary of Arabic Language Society, then, i also had organized an event there, in that event, we had invited Rabbani, and that is very interesting for me.
Madam: Owh...
Me: Then, we had many activities there. Everyday we had a kind of public speaking; tazkirah. There I had learned to speak in front of others, in front of my friends. I'm very glad.
Madam: Ok, now we go to the second question

2nd Question: "Experience is the best opinion" What is your opinion?

Me: Ha? em...
Madam: Opinion? Oh no, it's teacher. Experience is the best teacher.
Me: O...Ok, for me, when we want to get to know about something, we have to learn it. We have to know about it theoretically first. For example, we want to pray, so, we have to learn it from the real teacher first. Just then we can do it and get the experience. However, that doesn't mean experience is not important. Experience is a very good teacher for us because it's important for us to know about something not just theoretically, but also practically. Furthemore, actually, sometimes not every experience that we get we can interpret it correctly, sometimes we also misinterpret it. So, we have to ask about it to someone who know better than us. This is important, we cannot be too confident that ourselves is the only one who is right.
Madam: Ok, good...i think we can finish now.
Me: Ok madam,
Madam: Ok
Me: Em, before that, may i know what is your name?
Madam: Madam Raziah...
Me: Ok, thanks madam. Assalamualaikum
Madam: Waalaikumussalam

la...camni jaa...takkan da abis kot...aku tengok orang sebelum aku tu punyalah lama, aku kejap je...

i dont know why, but i feel that it is a very very short conversation. Maybe because i had coming late. Less than 5 minutes i think. i hope i pass this test, dont want to repeat it... Amin

Saturday, May 9, 2009

Ini ke Pemimpin aku?

Saya ni dah lama tak post entri. Tapi isu Perak baru-baru ni...(yang sangat kelakar)...menyebabkan saya tergerak untuk menulis

Hampir semua tuduhan kedua-dua pihak adalah sama. PR kata BN tak hormat pelembagaan, BN kata PR langgar amalan demokrasi. Kalau BN kata PR gilakan kuasa, PR pun kata balik yang BN kemaruk nak mentadbir, tak dapat terima kenyataan jadi pembangkang.

Kalau saya nak cakap siapa betul dan siapa salah, mungkin saya tak ada maklumat yang cukup dan autoriti untuk melakukannya.

Tapi kalau ye pun, jangan la buat DUN Perak tu macam playground. Sekejap, tak benarkan Adun masuk, sekejap lagi, biarkan Dun bersidang bawah pokok (Pastu, sidang bawah pokok ni diiktiraf pulak sah oleh sebahagian pakar undang2), Sebab tak nak kalah, dorang (BN) pun mintak la nasihat undang-undang dari luar, Pastu FRU jaga Dun, tak nak benarkan orang masuk la, Tiba-tiba MB baru naik dengan perkenan Sultan, tapi masa tu, MB lama masih tak sah dilucutkan jawatan lagi, MB baru pun nak Exco sendiri, jadi die lantikla orang die, Jadi ada dua barisan Exco la sekarang ni. Entah dapat ilham dari mana, Setiausaha Dun pun keluarkan la arahan untuk bersidang tanpa kuasa, Pastu kuasa Speaker Dun dinafikan, Speaker tolak usul pun bole main-main tak setuju lak. Ha, pastu, sekarang ni sebab kemaruk sangat, nak berkuasa, Speaker pun diheret keluar DUN macam heret penjenayah (yang mengheret pun saya tak tahu ada kuasa ke tak).

Kelakar pulak dengar kebudak-budakkan ni. Macamlah diibaratkan sorang budak kecil yang nak sangat mainan, jadi die pun dengan bersungguh-sungguh nak dapatkan jugak mainan tu, walaupun bapak die tak kasi. Tak kesahla menangis ke, protes ke, bertikam lidah, tak nak dengar nasihat ke, kita pujuk pun tak lepas. Kalau itu, budak kecil, tak tahu ape yang betul, ape yang salah, tak mumaiz lagi, jadi kita pun boleh faham kalau dia tak nak dengar cakap. Samalah kalau tak nak ikut undang-undang ataupun kurang adabnya. Still boleh maafkan sebab masih cetek akal.

Tapi ini pemimpin saya dan rakyat Malaysia. Pemimpin yang sepatutnya lebih bijak, professional dan berkelayakkan daripada orang yang dipimpinnya. Kalau nak kuasa pun, buat la elok-elok. Paling kurang, jaga adab dan thiqah orang lain, jangan la memalukan diri sendiri. Kan tak sedap mata memandang.

Saya terbayangkan seorang pemimpin yang pandai mengatur, mencorak suasana, efisyen dalam pengurusan, bertolak-ansur, strategis, berakhlak, beretika dan sopan untuk jadi pemimpin saya. Kalaulah (selama ni) sumpah seranah dalam Dewan tu da tak boleh nak buang, paling kurang jangan la tambah keburukan tu dengan keterburu-buruan dan kebudak-budakkan.

Kan tak manis dipandang orang kalau seseorang yang sepatutnya dipandang hormat, ada kedudukan, tak jaga tatasusila. Ini bukan isu peribadi macam video lucah, atau ape-ape akhlak buruk di belakang rakyat. Tapi ini isu kebudak-budakkan di hadapan rakyat, di tempat yang sepatutnya undang-undang dijulang. Kalau bergaduh berebut barang kat pasar malam tu pun sangat memalukan. Inikan pula bergaduh untuk dapatkan kuasa kat tempat yang dah tetap dah peraturannya. Setiap orang ada hak masing-masing kan?

Saya tak katakan BN nak dapatkan kuasa dengan sebab yang jahat. Seperti kata-kata seorang rakyat, BN buat macam ni sebab nak membela rakyat die kat Perak (kelakar tak bunyinya? Takpela kan?). Fine. Tapi, kalau iya pun, ikut la track yang melambangkan kita ni seorang pemimpin. Sebagai contoh (dari sudut adab), Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ingin mengurangkan pekerjanya, jadi, kalau ikutkan memanglah dia ada kuasa memecat begitu sahaja pekerjanya, tapi tak bolehlah dia sebagai orang yang dihormati memecat pekerjanya tanpa memberikan notis dan pertimbangan. Kan tak professional tu namanya. Kita ada hak untuk jaga nama baik kita sendiri.

Ni tak, orang dok kata macam-macam. Saya sebagai orang yang kurang penting pun rasa malu. Itu pemimpin aku kot!!!

Jadi sekarang ni, ramai orang kena tangkap (sebab isu ni), pastu ade pulak kes kena lepas balik sebab mahkamah tak lulus waran tangkap (macam mana bole tangkap dulu sebelum dapat waran, bole ke? Saya tak tahu). Saya memberi pendapat dari sudut yang mudah, bukan pelik sangat kalau anda memimpin, sebab memang sebelum ini (dan sekarang pun) anda adalah pemimpin.

Bukan untuk menimbulkan polemik, tapi, saya ni manusia, dan anda juga adalah manusia (majoritinya pun muslim)....

Wednesday, March 25, 2009

Ideologi


Satu.

Manusia adalah makhluk yang berfikir; mampu dan perlu berfikir.

Dua.

Masalah yang dihadapi oleh umat zaman ini adalah antara mereka tidak pandai berfikir atau mereka memang malas nak berfikir kalau tidak pun, mereka salah cara berfikir.

Tiga.

Kita cuba bawakan sesuatu untuk dijadikan gambaran. Semasa pemerintahan khilafah Islamiyyah dipengaruhi oleh pemikiran Muktazilah, ramai ilmuan besar Islam pada masa itu diseksa dan dipenjara kerana mempertahankan aqidah Islam yang sebenar; (contoh) antara pendirian yang cuba dipertahankan adalah al-Quran (baca: bukan helaian mashaf) itu bersifat qadim dan bukan makhluk. Penyeksaan dan penindasan yang berlaku ini bukan dilaksanakan oleh pemerintah 'kafir', tetapi oleh khalifah 'Islam' yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah. Itu dulu...

Empat.

Sekarang pula, cuba kita perhatikan kembali, dimanakah pemikiran yang salah ini? Kalau mahu dicari contoh yang mudah, pastinya ideologi-ideologi barat adalah contoh yang sangat jelas. Walaupun banyak juga manusia jahil yang mengaku Islam tapi mendokong kuat ideologi-ideololgi tersebut.

Lima.

Teringat saya semasa belajar di Kisas dulu. Ketika itu tingkatan 4, saya masuk sebagai pelajar 2nd intake. Disebabkan lambat, saya tertinggal satu program yang sangat berharga yaitu KPTI (Kem Pemantapan Tarbiyyah Islamiyyah). Namun (sekarang) bukanlah saya mahu ceritakan tentang rasa rugi saya itu. Pada awal kemasukkan saya, Badar (Badan Dakwah dan Rohani) mengajurkan satu program; Minggu Fikriyyah. Pada waktu itu, kami semua didedahkan tentang ideologi (antara yang dikupas: maksud ideologi, adakah Islam itu satu ideologi dan contoh-contoh ideologi). antaranya, sekularisme, pluralisme, hedonisme, liberalisme, kapitalisme, patriotisme, feminisme dan nasionalisme.

Enam.

Ketika itu, tidaklah menjadi masalah bagi kami untuk menerima penerangan senior tentang ideologi-ideologi tersebut menurut perspektif yang diberikan oleh mereka (walaupun tak faham sangat pun). Pendirian yang diangkat pada waktu itu adalah penolakan secara langsung terhadap semua ideologi-ideologi yang tersebut, bertunjangkan kepada (satu ayat) al-Quran:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu."

Namun begitu, apabila sampainya perbahasan tentang ideologi nasionalisme dan patriotisme, wujudlah (sedikit) pertikaian antara senior (F5) dan kami (F4). Senior kami menolak ideologi yang dua ini dengan berdalilkan dalil naqli yang telah saya nyatakan di atas. (Sebahagian) kami pula tidak bersetuju. Ketika itu, antara alasan kami (yang tak faham) yang famous adalah Rasulullah sendiri sayangkan negara dan tanah airnya sendiri, mengapa tidak kita?

Cuba fikirkan kembali apa salah kami? Islam itu fleksible dan kita menerima segala perkara yang baik selagi tidak menyalahi syariah. Apa salahnya pendirian untuk menyayangi bangsa dan negara sendiri? Tidak samakah dengan kita menyayangi sahabat, jiran atau keluarga kita sendiri? Dimana dalil yang menolaknya?

Perbahasan berlaku bukan hanya semasa majlis penerangan (ketika itu, di floor masing-masing); ada sahabat kami yang kurang yakin dan mendapatkan penjelasan daripada guru-guru di sekolah. Kemudian, bila masa Liqa' al-Mulk tiba, mereka berbahas kembali dengan senior yang ada. Sebenarnya saya tidaklah ingat sangat tentangnya (baru masuk time tu, jadi blurr), namun apa yang ingin saya katakan disini adalah situasi di sebuah sekolah agama SBP. Kami sendiri tidak faham. Bukanlah saya mahu katakan kami ini pandai sangat. Namun bagi saya, cukuplah diri kami yang sudah diberikan penerangan, tapi tidak faham juga menggambarkan situasi sahabat-sahabat lain yang tidak ada peluang untuk mengetahui apakah itu ideologi. Bagaimanakah mereka mahu melawan serangan pemikiran ini?

PERSPEKTIF PERIBADI

Ideologi mengikut apa yang saya faham, adalah pegangan dan prinsip yang mempengaruhi kita dalam berfikir tentang sesuatu dan memberi kesan terhadap pendirian dan cara kita menanggap sesuatu. Disini kita bercerita tentang ideologi barat (mungkin sebab berpunca daripada negara barat). Kesannya kita boleh lihat dalam sistem. Pastinya kita pernah dengar tentang sistem politik sosialis dan komunis, sistem ekonomi kapitalis, dan ada juga parti politik yang berpegang kepada ideologi liberal, kalau tidakpun, Islam liberal dan negara sekular.

Kemudiannya, ideologi-ideologi yang tersebut ini dihasilkan daripada buah fikiran manusia. Yang saya tahu, Komunisme daripada Karl Marx, Sekularisme pula dapat kita lihat (dalam buku Sejarah SPM) semasa orang Kristian menyalahkan institusi gereja mereka yang menyekat kemajuan dan menentang dengan nama Protestan; jadi muncullah pegangan bahawa agama perlu diasingkan daripada kehidupan untuk mencapai kemajuan, dan yang lain carilah sendiri.

Manusia penuh dengan kekurangan dan kelemahan, jadi, pastinya segala perkara yang datang daripada mereka tidak dapat mencapai kesempurnaan; pasti ada cacat-celanya. Kecualilah kalau memang Allah nak beri kesempurnaan itu lainlah. Walaupun mereka (pendokong ideologi) mendakwa bahawa kajian dan penyelidikan telah dibuat dengan mendalam, namun hakikatnya kemampuan manusia itu terbatas. Masalah ini semakin serius apabila mereka tiada panduan yang solid (al-Quran dan Sunnah Rasulullah) dalam berfikir. Pemikiran yang terbatas ini bukan sahaja mendatangkan kesilapan dalam sistem pemikiran (ideologi) tersebut, tetapi juga menyebabkan prinsip yang ingin diketengahkan hasil daripada pemikiran tersebut itu tidak seimbang.

Saya memberikan contoh: Ideologi liberalisme mencambahkan hak asasi dan kebebasan individu. Memanglah bagus apabila kita memperjuangkan kebebasan dan hak kita sebagai individu manusia, namun masalah timbul apabila kita tidak seimbangkan dengan hak masyarakat dan dunia terhadap diri kita. Walaupun kita katakan bahawa kitalah yang berhak sepenuhnya terhadap diri kita, takkanlah kita nak terus ketepikan hakikat bahawa kita perlu berkhidmat untuk ibu bapa yang dah melahirkan dan menjaga kita; di mana kita mahu letakkan perkara tersebut.

Baiklah, mereka pun kata, "kami dah kaji dah semua tu, kami memang ambil kira semua tu, yang hak adalah hak". Apa yang saya nak jawab? Em, kalau kita belajar Sains, kita boleh buktikan kesahihan sesuatu fakta itu melalui eksperimen.

Tetapi, kalau kita belajar tentang budaya dan nilai?
Ideologi-ideologi yang tersebut terlalu banyak mempengaruhi kita dalam menentukan nilai dan ketuhanan. Saya bagi contoh; Antara makan dengan menggunakan tangan dan sudu, mana yang lebih sopan? Kita orang Islam kata makan gunakan tangan, tapi orang barat kata makan gunakan sudu lebih sopan. Dalam pemikiran komunis, tuhan tidak wujud. Dalam pemikiran liberal, setiap manusia mempunyai hak secara total terhadap dirinya, tuhan sendiripun tiada hak terhadapnya. Dalam pemikiran pluralisme (dari sudut beragama), setiap agama adalah sama; tiada agama yang paling baik dan tepat kerana semua agama membawa kepada kebaikan dan betul. Sampai terjadinya kahwin campuran (lain agama) seperti yang berlaku di negara jiran.

ASPEK NILAI DAN KETUHANAN

Nilai dan ketuhanan hanya boleh ditentukan oleh al-Quran dan al-Hadis. Sebagai contoh, nilai kemasyarakatan bagaimanakah yang kita perlu aplikasikan adalah berdasarkan sumber rujukan yang utama ini. Jika prinsip Human Right melarang daripada kerajaan menguatkuasakan akta tentang moral individu, Islam tidak. Jika anda melakukan perlakuan sumbang ataupun zina, anda akan dikenakan tindakan.

Dari sudut ketuhanan pula, cuba kita bayangkan apabila semuanya kita perlu fikirkan dengan akal semata-mata. Pastinya kita akan menyeleweng daripada kebenaran. Tuhan itu Maha Esa dan bijaksana. Tuhan itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Bagaimana kita nak tahu semua ini jika bukan Tuhan sendiri yang beritahu kita? Jadi di mana rasionalnya pegangan Komunisme tentang ketuhanan itu adalah betul. Di mana buktinya? Ini semua hanya sekadar andaian manusia semata-mata yang menjadikan nafsu dan kepentingan diri sebagai tunjang kepada setiap keputusan yang dibuat.

NASIONALISME DAN PATRIOTISME

to be continued....ntah ble ntah

p/s: pengalaman saya di Kisas mungkin bercampur dengan pengalaman semasa F4 & F5

Monday, January 12, 2009

Antara kekejaman Yahudi dan pengkhianatan pemimpin Arab

Aris Hazlan Ismail
Thu | Jan 08, 09 | 1:49:19 pm MYT

Saudara Pengarang,

Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.



Saudara Pengarang,

Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.

Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.

Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, "Khaibar, khaibar ya yahud, jaizyu Muhammad saufa ya'ud," kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, "Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak 'aduwwullah!".

Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.

Orang-orang Arab kata, "Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab."

"Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa."

"Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Bana yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari' Ramsis."

"Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas."

Soviet Union 'balik kampung'

"Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab."

Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup.

Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembuk sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi.

Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab. Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka.

Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.

Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan.

Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow.

Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja.

Penulis berpandangan, andai kata sempadan Palestin dengan negara-negara Arab (Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria) dibuka, insya Allah bukan sahaja Israel yang akan kalah. Bahkan Amerika Syarikat juga akan hancur. Barak Obama akan menjadi presiden terakhir Amerika, atau mungkin tidak sempat ditabalkan menjadi presiden. - azm _

Sunday, January 11, 2009

QUNUT NAZILAH

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا اللهاللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Ya Allah! Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah kesatuan mereka, goncangkan pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing-anjing Kau kepada mereka wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa! Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum! Wahai Tuhan Yang bersifat Murka! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab! Wahai Tuhan yang menggerakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab! Kalahkanlah mereka! Kalahkanlah mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkanlah kami ke atas mereka!....Amin

Powered By Blogger
Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template